Pernah dulu ketika aku memilih masuk ke sekolah Menengah Agama ramai ahli masyarakat mengatakan aku bakal menggadai masa depan. Sedikit kelulusan yang dikira baik pada masa itu menyebabkan kawan-kawan dan jiran mencadangkan aku masuk ke sekolah selain aliran agama. Katanya aliran agama tiada masa depan dan aku bakal sukar mendapat kerja di masa depan. Kerana mak dan abah yang berkeras mahu memasukkan aku ke sekolah agama aku pun akhir masuk ke sekolah agama yang mak dan abah harap-harapkan. Memang benar bila difikirkan balik memang ketika itu sekolah agama sangat daif dari segi fizikal dan kemudahannya. Cuba bayangkan hampir 3 tahun asrama yangdihuni tiada tilam dan tiada tingkap..Kalau nak cerita memang perit kenangan itu. Secara peribadi aku menulis latihan ilmiah berkait masa depan sekolah agama. Malah agak mengejutkan ada agensi kerajaan berkempen agar anak usah dihantar ke sekolah menengah agama. Ini bukan fitnah tetapi terjumpa satu surat di Arkib Negara. Episod ini nampaknya terus berlaku. Memang benar sains itu penting tetapi agama itu lebih-lebih penting. Apalah guna kita hanya dapat melahirkan para bijak pandai tetapi mereka kurang akhlak. Ada akauntan tetapi menipu, ada peguam perangainya munafik, ada guru sikapnya culas, ada kuasa makan rasuah pula, ada suami dayus pula, ada anak derhaka pula, ada isteri curang pula dan macam-macam petaka yang bertimpa-timpa. Apakah sains boleh menyelesaikannya..jawapannya agama la segalanya..Sebab itu perlulah ada Dasar Memartabat Islam Memperkasa Sains..Baru la adil...
No comments:
Post a Comment