Friday, 16 November 2012

Gendang Pilihanraya 13 Semakin Kuat Dipalu...

Secara peribadi aku adalah sekadar peminat dunia politik. Perkara ini tidak pelik kerana bagi aku antara tuntutan Islam umatnya mesti berpolitik. Kita sepatutnya tidak menyempit maksud politik itu kerana politik itu adalah sangat berkaitan rapat dengan hal yang berkaitan kuasa untuk mentadbir negara mahupun instrumen untuk menyusun rakyat agar berada aman damai serta harmoni. Malah politik juga boleh dijadikan medium dakwah yang paling berkesan dalam menyampaikan dakwahnya. Buktinya Rasulullah telah melakukannya.

Sejak akhir-akhir ini gendang pilhanraya ke 13 telah dipalu. Malah paluan semakin rancak memandangkan mandat kerajaan yang ada sekarang akan tamat tidak lama lagi. Malah perlumbaan parti-parti politik dalam memenangi saingan jelas telah terserlah. Barisan Nasional yang dipimpin Ds Najib dengan modal tranformasi dengan modal 1Malaysia setakat ini (ini pendapat aku) dilihat masih gagal memberi impak maksimum. Malah secara peribadi melalui pemerhatian aku peluang BN untuk mengambil semula negeri yang terlepas 2008 semakin sukar. Isu yang berbangkit seperti Skandal NFC, Skandal Nadim-Eric Chia, Skandal Scopene, Skandal Altantuya, Skandal Wang UMNO Sabah, Skandal ic Sabah, Skandal Wang Royalti Kelantan, Keceluparan Chua Soi Lek dan pelbagai masalah kenaikan harga barang jelas telah mengganggu perjalanan perjuangan BN untuk terus mempertahan Putrajaya. Malah aku secara peribadi juga BN yang menjangkakan jika umno yang memimpin BN kali ini tumbang peluang untuk mekar semula agak sukar. Faktornya mudah tiada tokoh dalam BN yang nampak berkebolehan. Ini pendapat aku. Buktinya lihat saja DUN Selangor yang kini Pembangkangnya adalah BN apakah mereka berfungsi sebagai pembangkang. Jawapannya tidak mereka hanya bercakap soal-soal yang tidak penting dan tidak bijak. Kalaupun Isu Hutang Talam sedikit sebanyak berjaya menarik perhatian tetapi ternyata ia sekadar seketika kerana isu itu akhirnya menjadi senjata makan tuan. Oleh yang demikian makanya ramai tokoh 'recycle bin' cuba dijadikan benteng UMNO dan BN...Watak seperti Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Hassan Ali, Lokman Nor Adam, Ezam Mohd Nor dan ramai lagi merupakan algojo-algojo penerus matan isu yang timbulkan untuk menyerang Pakatan Rakyat. Soalnya apakah taktik ini berjaya...Taktik ini agak sentimental dan agak tidak digemari oleh golongan generasi Y.

Di pihak saingan BN ialah gagasan yang dinamakan Pakatan Rakyat. 3 pakatan Parti terbesar iaitu PAS, PKR dan DAP jelas semakin serasi walaupun mungkin mimpinya agak berbeza. Matlamat mereka sama iaitu adalah untuk menggulingkan BN. Dengan modal 'Selamatkan Malaysia' telah memberikan kesan yang agak baik dengan berkuasanya Pakatan ini di beberapa buah negeri yang strategik dalam membangunkan Malaysia. Modal untuk menempelkan Ketua Umum PKR sebagai peliwat untuk meruntuhkan gabungan ini jelas tidak berkesan malah sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat. Bagi aku menyerang peribadi untuk meruntuhkan pengaruh parti ia adalah taktik yang lapuk jua. Wajar ia dihindarkan. Kerana ia bakal menjadi fitnah yang besar. Memaparkan DAP sebagai anti-melayu dan anti-Islam juga semakin hilang auranya kerana momokan seperti itu hanya seperti meludah ke langit. Guan Eng misalnya menjadikan modalnya membela gadis melayu hingga ia disumbat ke dalam penjara jelas lebih mendapat simpati. PAS pula agak serik untuk berpadu dengan UMNO yang mana UMNO sering pesimis kepada semua usaha PAS. Bagi PAS idea perpaduan bersama UMNO tidak ikhlas kerana telah beberapa kali dikhinati dalam sejarah politik. Malah mengISAkan beberapa tokoh-tokoh PAS telah menyebabkan ramai kalangan tokoh pas dan ahli PAS tidak percaya lagi pada UMNO walaupun mungkin tidak semua berfikiran begitu. Ketika aku kecil masih lagi aku ingat bagaimana orang UMNO menghina orang PAS dengan kejian yang tidak wajar. Habis semua papan tanda yang bersimbolkan bulan dicampak ke parit malah ada di kalangan orang PAS yang dipulaukan dari sebarang bantuan. Kata abah kepada aku satu hari dulu "jangan bimbang kalau kita berjuang Demi Islam"..Mungkin kerana kerja khianat ini juga agak sukar perpaduan UMNO dan Pas menjadi realiti. PKR pula sangat beruntung. Walaupun umur parti ini seperti budak lelaki yang belum baligh tetapi pengalaman pimpinannya jelas telah memberi kekuatan. Kekuatan mereka juga bergantung pada para profesional yang dipinggir  oleh UMNO. Ts Khalid Ibrahim MB Selangor dan Rafizi Ramli ini sosok tubuh orang Melayu yang nampak cerah masa depan mereka.

Dalam memerhatikan pecak silat politik Malaysia wajarlah kita menjadi lebih matang dalam berpolitik. Betapa kematangan mestilah diletakkan antara asas dalam menimbangtara. Hukum rimba dan "riba" dalam perjuangan politik masing-masing mesti dihindarkan. Isu sensitif seperti agama mesti dielakkan. Tiba masanya kita menerima kemenangan dan kekalahan dengan hati yang terbuka. Kalau pun kita berpengalaman dalam memerintah adakalanya kita bukanlah tidak melakukan kesilapan. Jika rakyat telah membuat keputusan ianya mesti diterima dengan jiwa yang besar dan bermaruah. Lihat saja piliharaya Presiden Amerika yang berjalan secara baik walaupun Amerika itu banyak membuar dasar yang memang tidak baik pun. Salah satu pelajaran yang mesti kita lihat di atas kemenangan Baraack Obama ialah kempennya yang hanya menyentuh isu tawaran mereka kepada rakyat Amerika. Tiada simbah cat di bas, tiada fitnah memfitnah dan tiada penghinaan kepada bangsa keturunan. Mereka ini orang kafir. Oleh yang demikian kita yang mengaku Islam dan beriman mesti menguatkan momentum dakwah Islamiah dalam berpolitik. Akhlak mesti menjadi asas dalam perjuangan parti masing-masing. Tiada gunanya kita mengaku berwasatiah tetapi sebenarnya kitalah yang paling payah untuk berwasatiah. Semoga kita meraikan kemenangan dalam perjuangan ini adalah menang kerana Allah semata-mata....Takbir!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment