(kalau masih mempunyai ibu beri masa untuknya)
Monday, 12 November 2012
Semalam, Hari ini dan Esok...
Episod hidup aku semalam agar mencabar sedikit. Bermula mendapat berita ada seorang makcik ingin menyaman aku kerana sedikit salah faham, pagi itu juga kereta yang memPERSONAkan itu tidak mahu hidup enjinnya kerana "baterinya dah kong"..Malah mesej seorang wanita yang mahu bernikah minggu ini juga sudah cukup mengganggu jadual hidup. Wanita yang pernah berkahwin tetapi mendakwa dirinya janda tetapi tiada bukti pula dirinya seorang janda dalam masa yang sama berjanji ingin bersatu dengan jejaka lain. Pagi semalam agak kelam kalibut ditambah dengan karenah manusia yang merasakan dirinya elitis hingga sering tidak mahu berurusan dengan seorang macai seperti aku. Tidak mengapalah itu semalam. Pagi ini apabila bangun subuh aku sempat mendongak pada langit. Nampak bintang yang berkerdipan..terlalu indah hingga hati terasa tenang.Bintang yang duduknya berjuta batu itu walaupun jauh tetap memberi serinya pagi ini. Kicaun burung pagi ini juga sangat mengujakan kerana terasa terapi hati itu bertambah-tambah tenang sekali sehingga lupa episod semalam. Semalam yang pergi tidak akan datang lagi..Hari ini yang datang pasti juga meninggalkan kita. Esok belum tahu lagi. Kerana tiada siapa yang tahu apa akan berlaku esok hari. Maka betulah bahawa masa itu hanya ada 3 jangkauan iaitu semalam, hari ini dan esok hari. Soalnya apakah kita menghargai semua ini................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment