Jika tidak kerana cuti umum tentu ramai di kalangan kita tidak menyedari pun tahun baru Islam yang datang. Kalau tidak percaya cuba tanya kawan-kawan anda sekarang berapa hari bulan dan bulan apa dalam Islam. Malah lebih malang mereka lebih ingat Depavali dari Maal Hijrah. Begitulah lemahnya identiti Islam kita semua. Peristiwa Hijrah Rasulullah merupakan titik kemenangan dalam misi menyampaikan Islam dan Iman kepada manusia sejagat. Perkara ini sangat penting untuk ditelusuri agar dengannya kita akan mendapat pedoman darinya. Adalah wajib kita semua mengetahui perjalanan sirah ini kerana cacatan sejarah berkaitan dengan Rasulullah adalah panduan untuk kita semua mengimaninya. Sejarah adalah antara displin penting dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sejarah memgajar kita supaya sentiasa bertindak dengan mengambilkira iktibar yang telah ceritakan. Paling besar peristiwa Hijrah Rasulullah telah banyak mengajar umatnya agar untuk berjaya dalam kehidupan hendaklah perintah Allah didahulukan. Malah 13 tahun menongkah azab dalam perjuangan dakwah Islamiah sedikit pun tidak mematahkan hati Rasulullah sehinggalah Baginda diperintah menjalankan misi Hijrahnya ke Madinah. Hijrah Rasul tidak berjalan semberono tetapi ia dipandu dan di dorong oleh panduan dari Allah SWT. Malah perjalanan Hijrah itu juga telah disusun dan disusun cantik dengan dengan Rasulullah sebagai "master mind". Sorotan perjanjian Aqobah akhirnya gerak Hijrah akhirnya berjaya membina kekuatan Islam di Madinah kalau pun peringkat awalnya ia dilihat membawa seribu kesedihan dari Kota Mekah. Memang begitulah fitrah dalam berjuang. Di mana ada ujian di situ ada kejayaan. Malah kalau kita mendalami perjuangan Rasulullah semakin kuat dihimpit dengan mehnah perjuangan sebenarnya semakin hampir dengan kemenangan. Maal Hijrah yang datang sepanjang tahun mesti dijadikan landasan iktibar untuk kita khususnya dalam kita menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam kehidupan. Sejarah Maal Hijrah sebenarnya telah mendidik umat Islam sebagai umat yang kental dan kuat fizikal serta mental kerana akhirnya kita tujukan matlamat hidup kita kerana Allah. Oleh yang demikian Maal Hijrah yang kita sambut saban tahun mestilah menjadi kayu pengukur apakah azam menjadi hamba Allah telah terlaksana. Menjadi hamba Allah bermaksud menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman pada Allah. Bayangkan kalau Rasulullah masih hidup tentu kita akan malu dengan diri kita sendiri. Tetapi ingat kita pasti akan berjumpa dengan Rasulullah..Apakah kita akan diakui sebagai umatnya..Itu tepuk dada tanyalah iman..berazamlah tahun 1434H untuk melakukan yang terbaik. Yang belum kahwin harap berkahwin. Yang patah hati sambunglah hati agar kita ini ada hati. Yang sayang suami buatlah yang terbaik untuk suami. Yang sayangkan isteri berilah perhatian pada permintaannya untuk dipertimbangkan. Yang sayangkan kerja buat kerja kerana ibadat. Yang rasa nak buat dosa baik bertaubat saja. Yang sayang Allah dan Rasul ikut panduan yang telah diberi agar selamat dari dunia sampai akhirat. Semoga Maal Hijrah kali ini sentiasa menginsafkan kita semua..
Salam Maal Hijrah 1434 H
No comments:
Post a Comment