Adakah Pulau Pinang menuju ke arah Islamisasi?- Malaysiakini
Pengerusi
BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri
kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan
bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak
diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.
"Ketua
Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon
takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu
banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik
dalam akhbar berbahasa Cina.
"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka
hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut
(kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam
anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin
lalu.
Kenyataan berkenaa, seperti disiarkan di akhbar semalam,
tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang
sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu
atau bukan Islam dipinggirkan".
Lim berkata kenyataan daripada
pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu
seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.
Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.
"Bagaimanapun,
dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan
anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu
sidang media semalam.
"Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri.
"Apabila
Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga
berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri".
Mengulas
kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang
lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu
mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.
"Kita
peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang
dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut
tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri," katanya.
Nota: Anda semua mesti menjadi hakim untuk kenyataan ini..Jika anda seorang Islam apakah anda tidak terguris dengan kenyataan ini..tepuk dada tanya iman...