Esok akan ada 2 perkara penting yang sedang aku fikirkan. Ketika tulisan ini dinukilkan aku sedang menonton rancangan di tv1 Rancangan Pra Bajet 2013 yang akan dibentangkan esok. Aku tengok dan dengar panelnya agak seimbang memberi ulasan cumanya perantaranya agak banyak ayat yang membodek kerajaan. Esok juga sahabat aku akan bernikah dengan gadis pilihannya yang aku kira agak menimbulkan sedikit dukacita beberapa orang. Kisah ini akan menjadi sakit hati seseorang bagaimana jejaka idamannya akan mutlak menjadi milik orang. Secara peribadi aku tidak tahu apakah perasaannya sekarang tetapi yang pasti gelora dukanya masih belum reda.Aku ingin katakan padanya putus cinta dan kecewa adalah rencah hidup untuk menjadi lebih dewasa. Aku juga ingin katakan janganlah kamu terlalu berlara berdengan takdir ini kerana satu hari nanti kamu akan berterima kasih dengan takdir ini..percayalah..Aku juga ingin katakan kuatkanlah hati kamu agar rajukan dan dukacita itu terus meneraju nakhoda hati kamu. Kamu mesti merombak sikap ini.. Ini adalah nasihat sahabat kamu yang menjadi cermin wajah kamu yang sebenarnya. Hentikan ilusi ini agar parahnya tidak bertukar menjadi delusi nanti. Aku pasti kamu mungkin tidak senang dengan bebelan ini. Tapi percayalah kamu akan berterima kasih denganku mungkin tidak di dunia tetapi akhirat adalah mungkin. Dia bukan untuk kamu kerana sikap meninggal kamu tanpa pesan adalah bukan ciri lelaki gentleman dan pasti bukan citarasa kamu. Syukur dia meninggalkan kamu sekarang bayangkan kalau dia meninggal kamu pada hari kemudian ketika kamu cuba membina bahagia berkeluarga. Satu lagi pesanku padamu kurangkan tidur banyakkan beribadat kerana tidur hanya akan membuatkan muka mu semakin tembam...hahahahaha..maafkan aku...Aku harapkan Bajet 2013 akan membantu orang muda khususnya untuk berkahwin..moga-moga ada bajet 2013 akan memberi subsidi kahwin bukan potongan cukai terhadap baju dalam wanita berjenama sepertimana yang terkandung dalam bajet 2012..kalau subsidi kondom boleh diberi apa salahnya kita membantu orang muda untuk menjadi generasi madani dengan bajet yang insani..
Ini pesan untuk para wanita...



