Wednesday, 5 September 2012

Kita mesti Matang Dalam Berjuang..


Mengapa insiden ini berlaku agaknya..mungkin tiada jawapan yang konkrit dapat kita beri.. kekalutan ini hanya berakhir jika kita semua matang dalam berpolitik..Anda lihat orang cina..pernahkah insiden seperti ini berlaku ketika Chua Soi Lek atau Lim Guan Eng berucap...Dalam sejarah politik memang pidato itu menjadi acara wajib dalam menyampaikan hasrat dan aspirasi mereka yang merebut kuasa..kuasa ini perlu kerana dengan adanya kuasa semua dasar boleh dicipta dan diadaptasi dengan pelbagai cara dan gaya. Soalnya perlukah kita menghalang pihak lain dari terus memberi pilihan jika kita sendiri tidak mahu untuk menawarkan sebarang pilihan. Ye mungkin kita telah memberi pilihan tetapi apakah pilihan kita itu diminati. Jika tidak perlulah kita memuhasabah diri dan tidak perlu juga kita membabi buta dalam bertindak. Sekarang rakyat terbanyak sedang dihimpit kesusahan dalam kehidupan dan perlulah kita ingat bahawa medium politik adalah suatu cara bagaimana untuk kita mencari bahagia dalam hidup..Orang Melayu khususnya perlu belajar politik dan berpolitik dan jangan jadi bebal politik..Bebal politik hanya akan melahirkan generasi dungu dan bangang dalam menilai kepentingan politik. Mereka akan kata "yang menang jadi arang yang kalah jadi abu" pepatah ini bukan sahaja tidak kena dengan ajaran Islam kerana setahu aku Islam itu menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran. Memerangai rasuah, ketidakadilan dan bercakap benar pada zaman ini adalah satu peperangan. Mesti ada yang kalah dan menang maksudnya kebatilan perlu diperangai. Dalam perjuangan pasti ada pengorbanan jiwa dan raga. Politik antara jalan yang santun bagaimana menangai masalah perangai manusia lupa diri dan tamak ini. Umat Islam mesti faham apa itu demokrasi, umat Islam mesti faham tentang apa itu politik, umat Islam mesti tahu apa itu zionis, umat Islam berpolitik secara matang bukan menjerit-jerit macam pak kaduk yang kehilangan ayam. Budaya berpolitik mesti kita sematkan pada generasi muda khususnya pada anak-anak kita yang sedang dilalaikan dengan beribu kejahaman hendonisme yang ganas. Jangan jadi Melayu yang bodoh tetapi jadilah Melayu Islam yang cerdik dunia akhirat...Takbirrrrrr!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment