SAHAM FGVH TERUS MERUDUM - oleh Mazlan Aliman
(Gambar: Senarai pemegang saham utama FGVH beserta jumlah saham mereka)
Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal
RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu
setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2
cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang
tinggal? Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM)
ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual
saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan...Apa jaminan
buat peneroka jika ikut nasihat PM? Barang diingat, mengikut
penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka
pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM,
bertimpa-timpa beban peneroka.
Hutang Tanam Semula antara RM
50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos
Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan
interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang
makin sukar!
Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa
Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira
proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah
menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada
penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf
Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun,
bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?
Saya
berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu
Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya
bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila
tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!
Peneroka
Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil
tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan
hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan
berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?
Sudahlah
dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah
dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa? 407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?
Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda.... Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!
Terpulang, samada kita nak kata...'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la sendiri'.
*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Nota : Kesian dengan Warga Felda yang jadi "Warga Apartheid Moden"
No comments:
Post a Comment