Seluruh dunia kini sedang gegak gempita marah dan kecewa bagaimana Nabi Muhammad SAW terus menjadi sasaran mereka yang anti Islam..Di Libya paling dahsyat sehingga Duta Amerika di sana terbunuh dimortar oleh para demontran. Ratusan terbunuh apabila protes bertukar ganas. Inilah protes yang setakat ini menjadi tajuk utama perbincangan di sana sini. Adakah anda semua tidak pelik kenapakah hanya Nabi Muhammad SAW terus menjadi mangsa fitnah golongan Islam. Jawapannya mudah kerana sikap dengki golongan yang anti kepada Islam itu saja jawapan yang paling tepat. Bayangkan hanya Nabi Muhamad SAW sahaja yang namanya atau watak kebenarannya tercatat dalam kitab-kitab agama lain samaada dalam agama yahudi, nasrani, majusi malah hindu dan buddha juga. Ini adalah suatu keajaiban kerana Muhammad ini adalah sosok tubuh yang membawa obor kebenaran dalam mencari cahaya Iman. Cahaya ini yang cuba dipadam oleh musuh-musuh Islam yang tidak dapat menerima hakikat bahawa selain Islam agama lain itu adalah sudah "tamat tempoh" atau ada juga agama yang muncul kerana kasta keturunan juga adalah tidak selaras sifat kemanusiaan itu sendiri. Seperkara yang mesti kita soalkan kepada diri kita sendiri kenapa provokasi ini sering muncul menyentap hati nurani kita. Ini bukan pertama kali Nabi kita dihina..Tetapi kenapa ia masih berulang saban tahun. Sama ada filem atau karikatur mahupun penulisan serangan ini adalah berpunca dari kita sendiri. Cuba bayangkan ketika filem Innocences Of Muslims masih ada lagi umat kita yang tidak peduli dalam perkara ini. Malah mereka lebih sibuk berbicara tentang filem "Aji Noh Motor" ataupun yang agak lucah sikit tengok la filem "Untuk Tiga Hari".. Kata mereka "janji bulan-bulan gaji aku masuk sudah". Bila bertemu di akhirat aku pasti mereka ini akan jadi hamba yang paling miskin. Nak minta syafaat Nabi..Nabi pun tak kenal pada mereka yang tidak kenal pada Nabi. Demo adalah antara cara yang demokrasi dalam meluahkan rasa marah dan protes terhadap isu ini. Tetapi apakah cukup hanya berdemo maka semuanya akan selesai. Tidakkah kita bertanya kepada ummah kita apakah tidak benar bahawa kebiadapan ini adalah kerana kita mengabaikan Sunnah dan ajaran Rasullullah. Apakah yang ditinggalkan oleh Rasulullah telah kita amalkan dalam menguatkan Iman. Iman adalah kekuatan kita. Iman itu adalah kekuatan di atas kekuatan. Jika kita sendiri tidak mempedulikan ajaran Rasulullah apakah kita sebenarnya juga telah menghina Rasullullah. Jika kita sendiri tidak menghormati Rasulullah apakah kita mengharapkan musuh Islam untuk menghormati. Aku sangat percaya bahawa golongan anti Islam yang semakin berani ini sebenar melihat contoh kepada orang Islam sendiri. Bagi mereka jika orang Islam tidak menghormati Rasulullah apa salahnya mereka untuk tidak menghormati. Demontrasi tidak cukup.... yang penting setiap ajaran Rasulullah itu kita angkat menjadi yang teratas dalam hidup kita agar tiada siapa yang akan kurang ajar lagi..
Agak-agaknya kena mereka berani cakap begini....

No comments:
Post a Comment