Tuesday, 11 September 2012

Apabila Untung Dunia Diutamakan..Bayangkan Kalau Kes Ini Di Selangor Mesti Perkasa Turun Berdemo..

Perkuburan Islam di Pengerang dipindah bagi laluan projek Rapid

11 September 2012- Sinar Harian
JOHOR BAHARU - Kira-kira 1,545 kubur orang Islam akan dipindah bagi memberi laluan kepada projek Kompleks Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) serta Terminal Petroleum Air Dalam Bebas Pengerang.

Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) dalam satu kenyatan hari ini berkata kedua-dua projek berkenaan terletak sekitar kawasan cadangan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

"Penduduk berkenaan menerusi perbincangan dengan agensi agama negeri telah bersetuju untuk menempat semula kubur berkenaan. Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Johor telah mengadakan tiga sesi penerangan mengenai pemindahkan perkuburan Islam yang terlibat dengan projek berkenaan," katanya.

Penerangan diadakan dari 16 hingga 18 Julai di lima buah kampung iaitu  Kampung Teluk Empang, Kampung Sungai Kapal, Kampung Sebong, Kampung Jawa Laut dan Kampung Jawa Darat.

Kubur-kubur itu yang terletak di tujuh buah lot dijangka dipindah dalam tempoh empat bulan mulai awal Oktober, kata JPDC.

Ia berkata kos pemindahan terpaksa penyediaan tapak baru ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Namun tiada pampasan akan dibayar kepada keluarga orang yang telah meninggal.

JPDC berkata kawasan perkuburan baru terletak tiga kilometer dari kawasan penempatan baru di Kampung Datuk Abdul Ghani Othman dan sebuah syarikat di bawah Perbadanan Islam Johor telah dilantik untuk membina kawasan dan menempatkan semula kubur.

Semua kerja untuk mengenal pasti waris telah siap dan Majlis Islam Johor telah meluluskan penempatan semula perkuburan pada 13 Julai lalu, katanya.- Bernama

Nota : Ini adalah contoh ketamakan manusia sanggup buat apa saja. Kalau 3 atau 4 kubur logik untuk dipindahkan..tetapi 1545 kubur orang Islam..Apakah kita pernah mendengar kubur Cina, Kristian dan Hindu dipindahkan..mana perginya sensitiviti umat Islam kini..maruah kita sudah tiada lagi...Sedih sekali bila melihat gelagat ini..
 Jangan Lupa Kisah ini..

No comments:

Post a Comment