Thursday, 25 April 2013

Aku Tak Percaya ada Keganasan..Yang Ada ialah PROVOKASI je...

Ganas 24 jam, adakah ini trend kita?
IZWAN ROZLIN
25 April 2013
Ganas 24 jam, adakah ini trend kita?
Mangsa tetak, Hasri Hassan menunjukkan tangannya yang cedera.
LIMA hari selepas dikejutkan dengan kes seorang pemuda ditetak di Terengganu akibat perselisihan apabila bendera parti dipatahkan pada 13 April lalu, negara digemparkan pula dengan cerita Bilik Gerakan Barisan Nasional Perkampungan dan Taman Seri Mahkota Aman di Batu 11, Kuantan, Pahang, dibakar.

Kejadian sehari sebelum hari penamaan calon Sabtu lalu itu menyebabkan kerugian kira-kira RM2,500 apabila peralatan jentera seperti kerusi, meja dan bendera parti itu dirosakkan.
Apakah ini menjadi petanda awal kemungkinan wabak keganasan bakal mencemari kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).- Sinar Harian

Tuesday, 23 April 2013

Jika Pakatan Berkuasa Jangan Lupa Allah kerana lupa Allah kita Akan Sombong..

 Ini sedang berlaku. Tiada siapa yang menafikan malah penyokong tegar BN sendiri.

Jangan ulangi kesilapan ini. Inilah perangai paling suwei pada BN di Selangor.

Friday, 19 April 2013

Jangan Lupa Turun Esok 20.04.2013..Masa Depan Anda..


    Jejaka Paling Cool dan memang Cool!!!!!

      Ini Satira Politik Paling Cool!!!!!

Thursday, 18 April 2013

Selamat Jalan Sahabat..Al-Fatihah BuatMu..

 Semalam mendapat berita seorang sahabat telah dijumpai diserang strok dan dikatakan keadaannya agak membimbang. Tahap otak mati telahpun menimpanya. Jam 11 malam tadi akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir. Umurnya 28 tahun meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. Aku tumpang sedih dengan berita ini. Sebagai umat Islam maut yang menjemput tidak mengenal siapa, muda atau tua, sakit atau sihat, kaya atau miskin, berdarjat atau melarat, rabun atau terang, bujang atau dara, duda atau janda.. Apabila sampai masanya nyawa pasti akan direntap Malaikat Maut nanti. Kematian ini adalah antara iktibar bahawa betapa lemahnya kita sebagai manusia. Sehebat mana kita rasa riak dan sombong, ingat kita akan mati. Mati mengajar kita betapa sibuk mencari hidup di dunia jangan lupa menyeimbangkannya dengan bekalan akhirat. Kita sering terlupa dalam hidup ini hendaklah banyak berbakti kepada Allah. Kerana itu saja harapan kita untuk menghadapi kematian yang baik. Kita selalu melenting apabila kereta baru kita dicalar orang. Bergempita kemarahan kita hamburkan. Malah turut mengeluh sepanjang masa walaupun kadang-kadang calarnya tidak sebesar mana. Tapi jika iman kita yang tercalar langsung kita tidak peduli sedangkan imanlah akan menentukan segala-galanya dalam hidup kita. Jika kita derita di dunia derita lagi di akhirat jika tercalar iman ini. Aku berpesan pada diri ini dan pada semua. Masa untuk kita hidup berkurangan setiap saat. Hargai peluang yang ada kerana jika nyawa sudah melayang ia tidak akan kembali ke dunia ini. Manusia ini memang selalu mendapat peluang tetapi jarang sekali manusia itu mengambil peluang dengan peluang yang dihidang. Kepada arwah aku ucapkan selamat jalan. Semoga perjalanan ini semua baik-baik belaka. Kepada yang ditinggalkan bersabarlah dengan ujian ini kerana orang yang beriman adalah orang yang diuji.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa".


Wednesday, 17 April 2013

Ini Jawapan Kepada Budaya Berdoa..Doakan Dia Memeluk Islam..

Ramachandran syukur doa Nik Aziz termakbul
Wartawan Sinar Harian
17 April 2013
KUALA KUBU BHARU - “Syukur doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Nik Mat) termakbul,” itu ungkapan penghargaan dan terima kasih calon Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran ketika ditanya perasannya dipilih sebagai calon pada PRU13.

Ramachandran berkata, Mursyidul Am Pas itu pernah mengatakan padanya pada pertemuan di sebuah program di Kuantan, pada 1997 bahawa beliau akan menjadi calon suatu hari nanti.

Menurutnya, kata-kata Nik Aziz itu dianggap doa dan beliau bersyukur kerana akhirnya termakbul.

“Saya ingat lagi 16 tahun lalu tuan guru katakan saya akan jadi calon suatu hari nanti.

“Hari ini (semalam) saya benar-benar sudah menjadi calon mewakili PKR yang juga parti komponen Pakatan Rakyat (PR),” katanya yang ditemui ketika mengunjungi Pasar Malam Serendah bersama calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar.

Turut sama, Pengerusi Jentera PKR Parlimen Hulu Selangor, Md Yusof Sarman.

Ramachandran berkata, sebagai wakil PKR, beliau juga berterima kasih kepada Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meletakkan kepercayaan kepadanya bagi mewakili parti pada PRU kali ini.

Menurutnya, sokongan daripada calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar juga diterima sehingga nama beliau diangkat sebagai calon di kerusi Dun Batang Kali.

“Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili parti pada pilihan raya kali ini.

“Pastinya, amanah ini akan kami galas bersama bagi memastikan bukan saja Dun, malah Parlimen Hulu Selangor akan kita rampas,” katanya.

Ramachandran berkata, beliau sedar sebagai calon baru sokongan ahli dan barisan jentera sangat diperlukan.

"Oleh itu, bagi merealisasikan impian PR ke Putrajaya seluruh ahli parti perlu bersatu untuk memastikan BN dapat ditumbangkan," katanya.

Nota : Mamat ini akan bertanding. Jiwanya besar tapi egonya kecil. Ada rasa jiwa bertuhan. Ini tanda dakwah untuknya bakal memberi kesan....ayuh doakan dia jadi orang Islam yang beriman..Takbirrrr!!!!

Tuesday, 16 April 2013

Lawak Bodoh Pilihanraya..


Mamat ni memang hebat berpolitik. Tapi sayang dia bertanding di Parlimen Shah Alam sebabnya rasa aku orang Shah Alam pun tahu siapa dia Zulkifli Nordin. Cuma hairan BN dah takde calon ke selain mamat ni. Apa jasa dia pada BN? Mana ahli BN yang lain? Apakah calon BN ini akan Mem Be Endkan BN??????..KIHKIHKIH.........

Ini Khutbah Jumaat Untuk Semua..


Saturday, 13 April 2013

Bertaubatlah...

Demam pilihanraya semakin kuat "panasnya". Penyebaran video seks seorang yang dikatakan pemimpin PAS menyebabkan selera makan ku agak patah walaupun ketika tulisan ini ditulis aku berada sebuah hotel 4 bintang di lembah Klang. Bukan kerana berita aksi seks itu tetapi benci kepada kebobrokan budaya fitnah yang semakin galak menjadikan isu seks. Aku ada menulis sebuah khutbah tentang budaya politik fitnah ini dan telah ku hantar pada jawatankuasa khutbah disebuah negeri. Khutbah itu pada dasarnya telah diterima cuma diminta untuk diubah tajuknya dan sedikit isinya. Aku sangat berharap khutbah itu dapat dibaca di seluruh negeri. Ia bukan sekadar luahan rasa hati ku. tetapi ia adalah tanggungjawab aku untuk menyampaikan risalah Islam. Budaya fitnah adalah budaya terdesak pihak yang tertentu. Dalam abad milinium ini sepatutnya ahli politik berdemokrasi dengan cara yang sihat. Budaya debat terbuka mesti kita budayakan. Apalah nak takut jika kita dipihak yang benar. Kepada pembawa fitnah dan para penyokongnya aku harap kita sama-sama bertaubat. Kerana fitnah itu akan menyusahkan diri kita sendiri sahaja sebenarnya. Ayuh budayakan budaya Islamiah dalam berpolitik.

Ini Watak Paling Cool...

Monday, 8 April 2013

Hancur......

Hati aku betul-betul hancur malam itu. Bukan kerana apa hanya kerana aku melihat seorang ibu membeli sekotak rokok untuk anaknya. Aku kira anaknya itu berumur dalam lingkungan 16 tahun. Aku pandang wajah ibu itu. Ada rasa bersalah di wajahnya. Namun muka sengaja dipalingkan agar tidak memandang terus mukanya dengan riak yang kesal. Aku lihat anaknya seolah-olah perasan lirikan mataku yang agak tidak setuju lalu dia berlalu begitu saja. Sepanjang pulang dari kedai hati ku berkecamuk memikirkan perkara itu. Banyak persoalan yang timbul? Soalan yang tiada jawapannya. Kecamuk dalam hati bertambah rumit apabila ku buka televisyen terpampang gelagat didie alias berlagak semacam orang yang tiada otak. Bodoh. Nak sangatkah rupa begitu. Langsung tiada syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan. Kononnya nak berlagak macam Lady Gaga. Tapi rupanya tidak lebih dari badut sarkas yang sudah tua bangka menunggu dicampak ke dalam lombong. Tiada langsung rasa bersalah dalam dirinya. Apa pun alasannya untuk berpakaian begitu, adalah lebih baik dia memikirkan apakah alasan yang bakal diberi apabila berhadapan di depan Allah di akhirat nanti. Maka aku juga terfikir kenapakah hal ini terjadi? Apakah salah didikan ayah dan ibu. Lalu aku pandang anak-anakku. Aku juga berdoa semoga mereka tidak begitu. Ku tutup TV lalu aku tidur dengan harapan hatiku hilang gundahnya nanti.

Sabda Rasulullah saw :
" Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".
 Muka Berkecamuk

Monday, 1 April 2013

Budaya Pilihanraya Kita?



Senyum itu Sedekah..

Pulang ke kampung baru-baru ini amat menerujakan. Yang paling teruja mestilah anak-anak yang mahu berjumpa sepupu mereka di kampung. Dalam perjalanan kami lihat 'perang' bendera telah pun bermula dengan rancak sekali. Ini tanda demam pilihanraya sudah sampai tahap "demam campak". Kesempatan pulang ke kampung juga secara kebetulan abah mahu ke Hospital Tanjung Karang untuk mengambil darah. Suasana di hospital tidak banyak berubah sejak aku kecil lagi. Masih begitu. Yang berubah hanya jumlah kehadirannya. Agak sesak juga aku kira. Ramai kalangan mereka adalah di kalangan orang kampung dan warga tua. Dalam kesesakan itu pula layanan di hospital tidaklah semesra mana. Malah ketika nama abah aku dipanggil, panggilannya agak kurang ikhlas bunyinya. Aku cuba memahami saat itu. Aku kira mungkin kerana kerja di hospital agak tegang dan memenatkan kakitangannya melayan pesakitnya sekadar saja. Pernah dulu aku mendapat rawatan di sebuah hospital separa swasta. Berbulan-bulan aku duduk di sana agak sukar aku mendengar rungutan atau keluhan warganya dalam bekerja. Malah di sini punca penyakit agak cepat diketahui berbanding di hospital biasa yang memerlukan masa yang agak panjang. Jawapannya hanya satu kalau ada duit semuanya menjadi mudah..kapitalis sungguh.. kenapa agaknya sikap kita kemanusiaan berbeza. Agak lunak bila duitnya ada dan agak kasar jika rawatannya ialah percuma. Inilah adalah sikap goblok segelintir manusia hina. Hina kerana memandang duit itu adalah segala-galanya. Memandang hina golongan marhaen dan mustad-a'fin. Tetapi memandang tinggi pada mereka yang ada gaya, mutu dan keunggulan. Manusia selalu memberi alasan untuk hidup. Jarang sekali mereka hidup itu adalah untuk saling memberi balasan. Mereka sering mengharap balasan tetapi untuk memberi balasan mereka anggap ianya hanya merugikan. Kerja bukan saja ibadah tetapi ia adalah amanah. Amanah yang akan dipersoal tidak kira di mana kita berkerja. Bekerja sebagai kakitangan awam bermaksud kita berkhidmat untuk rakyat. Rakyat adalah amanah kita untuk menjagainya. Peristiwa di hospital telah mengajar aku bahawa manusia ini sering lupa pada masa depannya. Masa depannya yang muda akan tua, yang kaya akan miskin, yang lapang akan sibuk dan yang sihat akan sakit. Jika kita tidak berbuat baik pada orang tunggulah jalan hadapan kita pasti orang lain tidak akan berbuat baik pada kita. Itulah resam roda kehidupan. Pulang dari hospital aku lontar satu senyuman pada makcik yang memanggil nama abah aku. Walaupun tiada balasan aku puas kerana aku telah menolongnya sesuatu. Aku telah bersedekah dengannya. Senyum itu sedekah. Tanpa mendapat balasan senyuman itu pasti nanti ada balasan pahala yang mendambakan syurga..
( Senyum Ikhlas Wak Tanjung Karang)