Hati aku betul-betul hancur malam itu. Bukan kerana apa hanya kerana aku melihat seorang ibu membeli sekotak rokok untuk anaknya. Aku kira anaknya itu berumur dalam lingkungan 16 tahun. Aku pandang wajah ibu itu. Ada rasa bersalah di wajahnya. Namun muka sengaja dipalingkan agar tidak memandang terus mukanya dengan riak yang kesal. Aku lihat anaknya seolah-olah perasan lirikan mataku yang agak tidak setuju lalu dia berlalu begitu saja. Sepanjang pulang dari kedai hati ku berkecamuk memikirkan perkara itu. Banyak persoalan yang timbul? Soalan yang tiada jawapannya. Kecamuk dalam hati bertambah rumit apabila ku buka televisyen terpampang gelagat didie alias berlagak semacam orang yang tiada otak. Bodoh. Nak sangatkah rupa begitu. Langsung tiada syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan. Kononnya nak berlagak macam Lady Gaga. Tapi rupanya tidak lebih dari badut sarkas yang sudah tua bangka menunggu dicampak ke dalam lombong. Tiada langsung rasa bersalah dalam dirinya. Apa pun alasannya untuk berpakaian begitu, adalah lebih baik dia memikirkan apakah alasan yang bakal diberi apabila berhadapan di depan Allah di akhirat nanti. Maka aku juga terfikir kenapakah hal ini terjadi? Apakah salah didikan ayah dan ibu. Lalu aku pandang anak-anakku. Aku juga berdoa semoga mereka tidak begitu. Ku tutup TV lalu aku tidur dengan harapan hatiku hilang gundahnya nanti.
Sabda Rasulullah saw :
" Di antara tanggungjawab ibu bapa
terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik ,
kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan
apabila telah baligh".
Muka Berkecamuk
No comments:
Post a Comment