Saturday, 13 April 2013

Bertaubatlah...

Demam pilihanraya semakin kuat "panasnya". Penyebaran video seks seorang yang dikatakan pemimpin PAS menyebabkan selera makan ku agak patah walaupun ketika tulisan ini ditulis aku berada sebuah hotel 4 bintang di lembah Klang. Bukan kerana berita aksi seks itu tetapi benci kepada kebobrokan budaya fitnah yang semakin galak menjadikan isu seks. Aku ada menulis sebuah khutbah tentang budaya politik fitnah ini dan telah ku hantar pada jawatankuasa khutbah disebuah negeri. Khutbah itu pada dasarnya telah diterima cuma diminta untuk diubah tajuknya dan sedikit isinya. Aku sangat berharap khutbah itu dapat dibaca di seluruh negeri. Ia bukan sekadar luahan rasa hati ku. tetapi ia adalah tanggungjawab aku untuk menyampaikan risalah Islam. Budaya fitnah adalah budaya terdesak pihak yang tertentu. Dalam abad milinium ini sepatutnya ahli politik berdemokrasi dengan cara yang sihat. Budaya debat terbuka mesti kita budayakan. Apalah nak takut jika kita dipihak yang benar. Kepada pembawa fitnah dan para penyokongnya aku harap kita sama-sama bertaubat. Kerana fitnah itu akan menyusahkan diri kita sendiri sahaja sebenarnya. Ayuh budayakan budaya Islamiah dalam berpolitik.

Ini Watak Paling Cool...

No comments:

Post a Comment