Sunday, 28 July 2013

Selamat Jalan Guru ku..

Sabtu lepas aku telah diberitahu guru ku di SAMT Batu 38 Sabak Bernam telah meninggal dunia. Semoga ruhmu dicucuri rahmat bersama jasamu. Kau guru ku yang agak garang dan kelakar. Garang ketika anak muridmu melanggar batas agama. Kelakar kerana perut mu agak boroi ke depan. Kali terakhir berjumpa mu pada 1997 iaitu ketika kau jemput kami makan kari kambing di rumah mu..kau juga ada membela kambing di rumah..itulah antara Sunnah yang kau tunjukkan pada kami. Aku doakan kau mendapat syurga yang kekal abadi...Sekarang ini ramai para guru ku dikhabarkan sedang uzur..aku doakan juga kamu semua diberi rahmat dan kasih sayang Allah..Maafkan aku kerana belum berkesempatan menziarahi mu..


Thursday, 25 July 2013

Selamat berjuang saudaraku..


Selamat berjuang saudaraku..esok tarikh Nuzul Quran.. Kalau kau gugur kau sebenar sedang berjaya menuju ke Syuga.. Bantai Al-Sisi, bantai al-baradei, bantai israel dan sekutunya..semoga Allah bersama kamu untuk perjuangan ini...

Mesir: Al-Sisi seru pertembungan Jumaat ini

Harakahdaily, 25 Jul 2013


MESIR: Ketua Tentera Mesir Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi semalam membuat kenyataan "ancaman" apabila menyeru rakyat Mesir untuk turun ke seluruh dataran pada Jumaat ini, iaitu esok bagi membantu beliau berhadapan dengan penyokong Dr Muhammad Morsi yang dilabelnya sebagai pengganas.

Al-Sisi yang juga Menteri Pertahanan dalam ucapannya ketika meraikan graduan Fakulti Tentera Laut dan Udara bagi wilayah Kaherah semalam secara jelas meminta mandat daripada rakyat untuk bertembung dengan penyokong Morsi.

"Saya mendesak orang ramai turun ke jalanan hari Jumat nanti untuk membuktikan tekad mereka dan memberi saya, tentara, dan polis sebuah mandat bagi menghadapi kemungkinan kekerasan dan terorisme."

"Dengan demikian dalam hal itu harus ada penghentiaan kekerasan serta terorisme dan tentara akan mendapat mandat untuk menghadapinya," katanya yang turut disiar secara langsung beberapa buah saluran televisyen milik tentera.

Tuesday, 23 July 2013

Rezeki Bulan Ramadhan....

S'gor umum bonus sebulan gaji untuk k'tangan awam
2:31PM Jul 24 2013 - Malaysiakini
 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

Nota: Sehingga perkara ini diumumkan Dato' Seri Najib masih belum umum apa2..Alhamdulillah pertamanya...Keduanya terima kasih pada MB Khalid Ibrahim...

Kita Nantikan Drama ini..Kah..kah..kah..dramatik sungguh..

16:16 Terengganu Baru.. Dakyah Politik Pembangkang Untuk Agenda Kacau Bilau - UMNO online

Oleh: Ropikah Ahmad KUALA BESUT, 23 Julai – Formula 16:16 Terengganu Baru yang dicanangkan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak akan membawa kebaikan sebaliknya ia akan mengundang kepada ketidakstabilan politik dan perpecahan.

Exco Pergerakan Puteri UMNO, Jamilah Hanim Othman menganggap 16:16 tersebut adalah satu lagi taktik politik pembangkang sebagaimana impian mereka untuk membawa huru-hara di negara ini.
“Lihat bagaimana pembangkang menggunakan himpunan ‘blackout 505’ untuk menghuru-harakan negara sedangkan pakatan mereka sudah mendapat kemenangan di negeri-negeri seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang,” katanya kepada UMNO-Online.


Ini Nukilan Terbaru Aku..Kalau tak best kutuk je untuk diperbaiki..


Khutbah : Umat Islam Umat Yang Berjuang..
( Oleh: atan kecik)
اَلْحَمْدُ ِللهِ  الْقَائِلِ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ  إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ  لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
            Marilah kita bertawqa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Iaitu melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan apa yang dilarang. Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan orang berjaya di dunia apatah lagi di akhirat. Ingatlah sungguh-sungguh bahawa, keingkaran kita kepada Allah swt hanya akan menyusahkan diri kita sendiri.
Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.?” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dewasa ini kita umat Islam sering berhadapan dengan pelbagai ujian dalam kehidupan. Senario semasa jelas menunjukkan bahawa banyak Negara umat Islam kini berhadapan dengan pelbagai krisis kehidupan. Sama ada krisis ekonomi, politik, sosial dan perang saudara merupakan seolah-olah antara perkara yang agak sinonim sedang melanda umat Islam masakini.  Perkara ini diburukkan lagi dengan paparan media barat yang menunjukkan seolah-olah segala krisis ini hanya berlaku di Negara-negara umat Islam semata-mata. Bukan itu sahaja dengan melabelkan umat Islam sebagai umat yang tiada tamadun, agresif dan ganas maka seringkali pula umat Islam dikaitkan dengan keganasan. Malah peranan media barat ini jugalah antara punca mengapa umat Islam masih gagal mencapai sebarang kata sepakat berkaitan pelbagai krisis kerana adu domba mereka yang agak tajam. Niat mereka tidak lain tidak bukan hanya mahu membunuh semangat umat Islam yang tersepit dengan pelbagai ujian.
Adu domba ini kemudian diapikan lagi dengan budaya fitnah oleh media barat dengan melaga-lagakan kita sesama Islam sama ada kerana perbezaan mazhab atau kerana perebutan kuasa politik atas nama untuk menyokong keadilan. Akhirnya apa yang berlaku kini umat Islam ber”antak”kan sesama sendiri. Perpecahan umat Islam akhirnya diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam dengan melakukan penjajahan dan penjarahan secara langsung atau tidak langsung. Pergolakan di Negara-negara umat Islam akhirnya jua menimbulkan pertanyaan kepada kita semua apakah sebenar yang sedang berlaku?. Bukankah Islam itu agama penyelesaian masalah ummah. Bukan itu saja ada juga kalangan umat Islam berfikir hingga tersesat ditengah-tengah ujian hingga hilang keyakinan mereka bahawa Islam adalah agama yang benar yang mana akhirnya mereka mengambil fikiran yang bertentangan akidah yang benar. Oleh yang demikian adalah wajar untuk kita semua menyatakan Islam itu adalah benar yang berlaku sebenarnya adalah kita umat Islam sedang diuji.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memahami apa itu ujian hidup. Malah tidak salah untuk kita menyatakan bahawa kehidupan ini penuh dengan ujian. Makin kuat ujian yang mendatang maka sebenarnya makin terujilah iman seseorang itu di sisi Allah SWT. Maka orang yang paling hebat kedudukan imannya disisi Allah sudah tentulah di kalangan para Nabi dan Rasul yang banyak menerima ujian dalam misi hidupnya . Maka tidak hairanlah jika kita meniti sejarah maka orang yang paling layak dikedudukan yang paling tinggi di sisi Allah ialah Nabi kita Muhammad SAW. Sebab itulah Nabi Muhamad SAW bergelar sebagai Kekasih Allah iaitu kedudukan yang paling tinggi diberi Allah kepada sekalian makhluknya. Maka seiring dengan kedudukan itulah ujian yang ditanggung oleh Baginda Rasulullah adalah sangat berat itu, maka Baginda digelar juga Rasul Ulul Azmi.  Rasulullah SAW bersabda:
أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً اْلأَنْبِيَاءُ ثُمَّ اْلأَمْثَلُ فَاْلأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلٰى حَسَبِ دِيْنِهِ فَإِنْ كَانَ دِيْنُهُ صَلَبًا اِشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِي دِيْنِهِ رِقَةٌ اُبْتُلِيَ عَلٰى حَسَبِ دِيْنِهِ
(رواه الترمذي وابن ماجه)
Manusia yang paling dahsyat ujiannya adalah para nabi kemudian yang menyerupai dengan mereka, kemudian yang menyerupai dengan mereka. Apabila seseorang kuat dalam agamanya maka ujiannya pun semakin kuat, dan apabila seseorang lemah dalam agamanya maka dia akan mengujinya sesuai kadar agamannya.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
            Oleh yang demikian betapa perlunya kita fikirkan bahawa semua perkara yang mendatang itu sebagai ujian. Ujian untuk menguji iman kita dan ujian bukan alasan untuk kita berpaling tadah dari keimanan yang sebenar. Biarlah apa tomahan yang dilemparkan musuh-musuh Islam kepada umat Islam. Jangan kita merasa rendah diri dan merasa lemah sebagai umat Islam. Ingatlah janji Allah hanya orang yang sabar menghadapi  ujian yang datang dengan jiwa yang tenang sahaja akan mendapat balasan syurga yang kekal abadi. Firman Allah :
Maksudnya: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)..” (Surah Al Baqarah: 214)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
            Kita adalah umat yang sentiasa berjuang. Perjuangan dalam menempuh ujian tanpa mengenal erti putus asa adalah asas kejayaan umat Islam sebagai umat yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sejarah telah membukti kesan dari ajaran Islam yang meresap dalam dalam jiwa-jiwa umat Islam menjadikan kita di hormati samaada oleh kawan dan lawan. Kegagalan dalam mencapai matlamat dakwah bukanlah jalan muktamad dan tidak sedikit pun ianya mematahkan semangat Rasululullah dan para sahabatnya untuk meneruskan misi dakwah hinggalah Islam berjaya menguasai tamadun dunia. Malah dengan semangat iman yang berkobar-kobar inilah kesinabungannya telah berjaya mencetuskan revolusi tamadun manusia dengan wujudnya khalifah Islam yang berjaya mengemudi dunia hingga sampai ke puncaknya. Tanpa mengenal putus asa seringkali saja umat Islam bingkas bangkit dalam meneruskan misi perjuangan Islam. Tiada noktah dalam meneruskan perjuangan Islam hingga kita dapat mengangkat Islam sebagai agama yang terbaik dan benar. Semangat semacam inilah perlu kita ambil untuk dijadikan pedoman agar segala ujian yang mendatang tidak melemahkan semangat kita apatah lagi jika ia boleh menggugat keimanan kita.  Firman Allah SWT :
"Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah  kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"." (Surah Ali Imran: 146-147)
Sidang Jumaat Yang di rahmati Allah,
            Sudah tiba masanya kita umat Islam untuk menyusun langkah dan barisan dengan membulatkan tekad untuk bangkit dari segala kesesakan fitnah mereka yang memusuhi Islam. Ujian yang datang marilah kita telusurinya dengan mengikut jejak Rasul dan para sahabatnya agar kita sentiasa pada landasan iman yang benar. Hanya jalan yang ditunjukkan oleh Allah dan Rasul serta para sahabatnya sahaja akan mengelakkan kita dari melakukan kekufuran kerana ujian yang datang. Kehadiran ujian itu sebenarnya adalah jalan untuk Allah menguji kita untuk mendapat balasan syurga yang abadi. Pandanglah ujian hidup itu dengan sangkaan yang baik kerana itulah jalan terbaik kita sebagai hamba walaupun pada hemat kita ianya adalah penderitaan tetapi sebenarnya hikmah di sisi Allah.
Firman Allah SWT:

Maksudnya:  Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah ayat 216).
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

Memang keras kepala punya manusia....

Budak 14 tahun dirogol bergilir-gilir 8 lelaki
Budak 14 tahun dirogol 8 lelaki
Lokasi kejadian mangsa dirogol bergilir-gilir dipercayai oleh lapan lelaki di Bukit Kebuk awal pagi semalam.
 
MARAN - Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, dekat sini, semalam.
Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang elektrik di kawasan semak berkenaan.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan.
Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki cuba melarikan diri dengan motosikal masing-masing sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis.
Seorang daripada mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian di atas susunan tiang elektrik, manakala rakan mangsa dikurung dalam kereta salah seorang lelaki terbabit.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal di sebuah tanah rancangan Felda dalam daerah ini keluar dari rumah masing-masing seawal jam 1 pagi tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.


Nota : Ini berita sedih. Sedih tidak kepalang. Manusia itu memang melampaui batas. Bulan Ramadhan bulan Rahmat, Bulan Keampunan dan Bulan Kelepasan dari Api Neraka..Apakah erti semua ini. Kembalilah kepada Islam. Hanya Islam akan menyelesaikan masalah ini..

Tuesday, 16 July 2013

Kita menanti dengan penuh kesabaran..

Perjanjian TPP belum muktamad, tegas menteri
Datuk Seri Mustapha Mohamed
Datuk Seri Mustapha Mohamed

KUALA LUMPUR - Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan menggadaikan kepentingan negara semata-mata mahu merealisasikan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, perkara mengenainya masih di peringkat perbincangan dan belum ada satu pun yang sudah dimuktamadkan. "Saya mahu tegaskan kita akan mempertahankan kedaulatan negara, undang-undang, kuasa negeri dan kuasa persekutuan kerana ini semua penting. "Sekarang masih dalam perbincangan, belum muktamad," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Nota: Ini adalah berita yang sangat melegakan setakat ini. Namun ia bukan bermakna ia tidak akan dilaksanakan. Jika ia dilaksanakan percayalah yang kaya semakin kaya dan yang miskin akan jadi papa kedana. Hanya kerajaan yang berjiwa rakyat akan melakukan kebijaksanaan. Jika ia berlaku juga tunggulah apa akan terjadi pada pakcik dan makcik di kampung. Apa akan jadi pada hospital kerajaan. Apa akan terjadi pada harga minyak, tepung dan gula. Orang miskin akan terus dihimpit oleh "kos orang tengah" yang diambil dari atas angin. Moga kerajaan yang ada adalah kerajaan rakyat bukan kerajaan borjuis semata yang hanya kaya pada fakta di atas kertas tetapi pada realitinya hanya rakyat terbawah merempat di negara sendiri..

Sunday, 14 July 2013

Nikmatnya Puasa...itulah Kebenarannya...



Memang benar puasa itu adalah nikmat. Memang benar puasa mengajar kita agar kembali kepada fitrah sebagai manusia. Memang benar puasa akan menjadikan kita menepati masa. Memang benar puasa lebih nikmat bersama sanak keluarga. Nikmat lagi dapat dapat berbuka bersama ibu bapa walau hanya menu jeli kelapa. Memang benar Allah Maha Pengasih kerana mengirimkan Ramadhan pada kita. Memang benar bulan ini adalah rahmat. Bulan ini adalah kemaafan dan bulan ini adalah bulan mengelak dari di humban dalam api neraka. Memang benar Ramadhan itu bulan yang benar. Benar-benar Ramadhan telah pun tiba. Tidak sangka Allah membenarkan kita untuk bertemu Ramadhan kali ini memang sesuatu yang benar. Memang benar Allah Maha Pengasih. Yang kita tidak tahu ialah kenapa agaknya manusia itu tetap tidak mahu bersyukur..Maka pada bulan Ramadhan marilah kita berdoa untuk mencari kebenaran. Mengangkat yang benar. Menolak segala yang batil. Demi Allah. Demi Rasulullah. Demi Islam................

Soalan Kurun Ini? hahahahahaha....

( Dua ekor ni sedang makan sup babi)

Mana JATI Dato Hassan Ali..
Mana PERKASA Dato Ibrahim Ali..
Mana Dato Zilkifli Nordin..
Mana Ismail Mina..
Mana Sidek Baba...
Mana Dato Jamil Khir..
Mana Abang Khairi Jamaluddin..
Mana Kakak "listen"...
Mana Aduan Polis....
Mana NGO Ketuanan Melayu..
Mana..mana...mana...Puasa kot?

Wednesday, 10 July 2013

Wahai Pejuang..Ingati Syair Ini..Ini Syair Untuk Para Berjuang...

Wahai rakyat Mesir ini adalah perjuangan kamu..
Perjuangan untuk Islam dan Negara kamu..
Bersabarlah dengan ujian dan perjuangan ini

Kekasihku Akhirnya Kau Datang...

Kekasihku,
Akhirnya kau datang jua,
Sudah lama kita tidak bersua,
Perpisahan itu sungguh nestapa,
Akhirnya kita berjumpa jua...

Kekasihku,
Aku sering berdoa,
Agar rinduku padamu dapat ku ubati,
Lama sungguh aku menanti,
Menanti di laut masa yang terus meniti..

Kekasihku,
Sesak nafas ku keranamu,
Datangmu dengan lenggok yang sangat menggodaku,
Inilah masa kita mentaut cinta kita,
Kerana kau datang mendidik nafsu,
 kau memang amat aku perlukan dalam hidupku
Tanpamu siapalah aku..

Kekasihku,
Kau datang rangkullah aku,
Ghairahmu membuka pintu syurga,
Sapamu hingga tertutup api neraka,
Hadirmu hingga terpaku syaitan terkesima terbelenggu,
Jangan lupa sama-sama kita bercanda di taman Terawih,
Malah aku mendambakan bulan madu kita di Lailatul Qadr..
Aku sepi sejak kehilanganmu,
Moga hadirmu terubat rindu dendamku,
Hanya satu ucapan sayu yang hendak ku beritahu
"Lama sudah aku menunggu mu, janggutku beruban menanti saban...
Selamat datang kekasihku, Marhaban Ya Ramadhan"
Ya Allah terima kasih aku ucapakan kerana menemukan aku dengan Ramadhan...Amin