Akhirnya kau datang jua,
Sudah lama kita tidak bersua,
Perpisahan itu sungguh nestapa,
Akhirnya kita berjumpa jua...
Kekasihku,
Aku sering berdoa,
Agar rinduku padamu dapat ku ubati,
Lama sungguh aku menanti,
Menanti di laut masa yang terus meniti..
Kekasihku,
Sesak nafas ku keranamu,
Datangmu dengan lenggok yang sangat menggodaku,
Inilah masa kita mentaut cinta kita,
Kerana kau datang mendidik nafsu,
kau memang amat aku perlukan dalam hidupku
Tanpamu siapalah aku..
Kekasihku,
Kau datang rangkullah aku,
Ghairahmu membuka pintu syurga,
Sapamu hingga tertutup api neraka,
Hadirmu hingga terpaku syaitan terkesima terbelenggu,
Jangan lupa sama-sama kita bercanda di taman Terawih,
Malah aku mendambakan bulan madu kita di Lailatul Qadr..
Aku sepi sejak kehilanganmu,
Moga hadirmu terubat rindu dendamku,
Hanya satu ucapan sayu yang hendak ku beritahu
"Lama sudah aku menunggu mu, janggutku beruban menanti saban...
Selamat datang kekasihku, Marhaban Ya Ramadhan"
Ya Allah terima kasih aku ucapakan kerana menemukan aku dengan Ramadhan...Amin

No comments:
Post a Comment