Tuesday, 23 July 2013

Kita Nantikan Drama ini..Kah..kah..kah..dramatik sungguh..

16:16 Terengganu Baru.. Dakyah Politik Pembangkang Untuk Agenda Kacau Bilau - UMNO online

Oleh: Ropikah Ahmad KUALA BESUT, 23 Julai – Formula 16:16 Terengganu Baru yang dicanangkan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak akan membawa kebaikan sebaliknya ia akan mengundang kepada ketidakstabilan politik dan perpecahan.

Exco Pergerakan Puteri UMNO, Jamilah Hanim Othman menganggap 16:16 tersebut adalah satu lagi taktik politik pembangkang sebagaimana impian mereka untuk membawa huru-hara di negara ini.
“Lihat bagaimana pembangkang menggunakan himpunan ‘blackout 505’ untuk menghuru-harakan negara sedangkan pakatan mereka sudah mendapat kemenangan di negeri-negeri seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang,” katanya kepada UMNO-Online.



Umno BN guna RM476.19 juta kempen PRK Kuala Besut - harakahdaily

Hazayani Zakaria, 23 Jul 2013
BESUT: Jumlah peruntukan yang digunakan Umno BN sehingga hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut mencecah RM476.19 juta. Menurut Ahli Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut Dr Dzulkefly Ahmad, dengan jumlah pengundi sebanyak 17,683 orang, nilai satu kertas undi bernilai RM27,000 sekaligus meletakkan nilai PRK Kuala Besut antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya. "Bagi memastikan segala janji manis yang dibuat pimpinan Umno BN ini dapat dilaksanakan, PAS dan Pakatan Rakyat sangat mengharapkan pengundi dan rakyat Kuala Besut merealisasikan cita-cita agenda 16:16."Hanya 16:16 akan dapat menamatkan urus tadbir kerajaan negeri yang tempang serta gagal meletakkan keutamaannya untuk membela rakyat di negeri ini khasnya di Kuala Besut," katanya pada sidang media di Markas Besar PRK Kuala Besut, Kampung Baharu hari ini. Beliau juga berkata, PAS yakin agenda 'Se Ene Se Ene' atau 'Satu Enam Satu Enam' akan memberi peluang kepada semua Adun PAS melaksanakan tanggungjawab semak imbang dalam Dun bagi memperjuangkan kepentingan rakyat negeri Terengganu. "Berdasarkan kajian kami, ternyata calon kami mempunyai kelebihan kerana dikenali hampir 70 peratus daripada pengundi Kuala Besut," katanya

No comments:

Post a Comment