Tuesday, 16 July 2013

Kita menanti dengan penuh kesabaran..

Perjanjian TPP belum muktamad, tegas menteri
Datuk Seri Mustapha Mohamed
Datuk Seri Mustapha Mohamed

KUALA LUMPUR - Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan menggadaikan kepentingan negara semata-mata mahu merealisasikan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, perkara mengenainya masih di peringkat perbincangan dan belum ada satu pun yang sudah dimuktamadkan. "Saya mahu tegaskan kita akan mempertahankan kedaulatan negara, undang-undang, kuasa negeri dan kuasa persekutuan kerana ini semua penting. "Sekarang masih dalam perbincangan, belum muktamad," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Nota: Ini adalah berita yang sangat melegakan setakat ini. Namun ia bukan bermakna ia tidak akan dilaksanakan. Jika ia dilaksanakan percayalah yang kaya semakin kaya dan yang miskin akan jadi papa kedana. Hanya kerajaan yang berjiwa rakyat akan melakukan kebijaksanaan. Jika ia berlaku juga tunggulah apa akan terjadi pada pakcik dan makcik di kampung. Apa akan jadi pada hospital kerajaan. Apa akan terjadi pada harga minyak, tepung dan gula. Orang miskin akan terus dihimpit oleh "kos orang tengah" yang diambil dari atas angin. Moga kerajaan yang ada adalah kerajaan rakyat bukan kerajaan borjuis semata yang hanya kaya pada fakta di atas kertas tetapi pada realitinya hanya rakyat terbawah merempat di negara sendiri..

No comments:

Post a Comment