Tuesday, 23 July 2013

Memang keras kepala punya manusia....

Budak 14 tahun dirogol bergilir-gilir 8 lelaki
Budak 14 tahun dirogol 8 lelaki
Lokasi kejadian mangsa dirogol bergilir-gilir dipercayai oleh lapan lelaki di Bukit Kebuk awal pagi semalam.
 
MARAN - Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, dekat sini, semalam.
Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang elektrik di kawasan semak berkenaan.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan.
Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki cuba melarikan diri dengan motosikal masing-masing sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis.
Seorang daripada mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian di atas susunan tiang elektrik, manakala rakan mangsa dikurung dalam kereta salah seorang lelaki terbabit.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal di sebuah tanah rancangan Felda dalam daerah ini keluar dari rumah masing-masing seawal jam 1 pagi tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.


Nota : Ini berita sedih. Sedih tidak kepalang. Manusia itu memang melampaui batas. Bulan Ramadhan bulan Rahmat, Bulan Keampunan dan Bulan Kelepasan dari Api Neraka..Apakah erti semua ini. Kembalilah kepada Islam. Hanya Islam akan menyelesaikan masalah ini..

No comments:

Post a Comment