Guling Morsi: Cita-cita AS tercapai?
MOHAMED Morsi, pemimpin berjiwa rakyat dan juga
seorang hafiz, diangkat sebagai Presiden Mesir melalui pilihan raya
bebas pertama dalam sejarah negara itu akhirnya digulingkan, dalam
rampasan kuasa kedua di Mesir, kelmari
Tarikh itu genap setahun beliau dipilih sebagai presiden, 30 Jun tahun
lalu, selepas protes besar-besaran rakyat menggulingkan Hosni Mubarak
yang memimpin Mesir secara kuku besi selama 30 tahun pada Februari 2011.Morsi menerima undi 13.2 juta, iaitu 51 peratus undian semasa pilihan raya tahun lalu, menewaskan pesaingnya, Ahmed Shafik yang juga perdana menteri era pemerintahan Mubarak.
Persoalannya, adakah rakyat dahulunya menyokong Morsi dan partinya Ikhwanul Muslimin berpaling tadah terhadap pemimpin mereka?
Atau adakah Morsi menjadi mangsa terbaru dalam percaturan politik kuasa luar di bawah pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang disalurkan melalui pemberontakan berterusan rakyat Mesir dengan sokongan tentera negara itu?
Komen atankecik:
Berita sedih ini telah aku terima dari sahabat yang sekarang bertugas di Mesir. "Tamarud" telah menggulingkan Morsi dengan rampasan kuasa oleh tentera. Tiada siapa dapat menafikan bahawa tentera Mesir telah mendapat bantuan Amerika RM 4.7 bilion setahun untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah. Inilah legasi Hosni Mubarak..Makanya apabila Morsi mendapat sokongan rakyat dalam pilihanraya "konspirasi Elbardei" telah dirancang dengan begitu terancang sekali. Akhir mereka telah membuat fitnah hingga Morsi telah digulingkan 2 hari lepas. Berbeza dengan isu Syiria negara arab agak bising apabila Amerika membuka mulut mengkritik barulah banyak negara-negara arab menjadi burung kakak tua untuk bersuara. Tetapi apabila Morsi digulingkan di mana agaknya suara arab yang mereka banggakan. Kita umat Islam tidak lagi boleh terus bergantung pada dunia barat atau dunia arab. Kita mesti menjadikan Islam sebagai alasan untuk menang. Aku berharap Ramadhan yang datang akan menjadi medan doa termakbul. Moga Morsi dan Ikhwanul Muslimin akan kompetitif dalam perjuangan yang sangat menduga ini. Ingatlah sesungguh perkembangan di Mesir adalah perkembangan perjuangan Islam yang sedang dilawan oleh Yahudi, Amerika dan para Munafik Tamarud............
No comments:
Post a Comment