Wednesday, 25 December 2013

Duri-Duri Kehidupan Yang Indah

                                                                                             
                                             ( Senyuman itu kadangkala adalah duri seperti bunga  kaktus.....kah..kah..kah..kah)



Ketika kecil seringkali aku mengeluh kenapa agaknya kehidupan kami sekeluarga begitu sukar. Kesukaran itu kadang-kadang membuatkan aku menangis sendiri dan berharap ini semua akan berakhir walaupun aku sedar bahawa harapan itu nampak kabur. Kegigihan ibu bapa ku dan adik beradik menyebabkan aku sering memujuk hati bahawa semua ini mesti ditempuhi dengan aman. Oleh yang demikian ketika meningkat dewasa aku cuba juga memujuk kehendak diri yang membuak-buak. Maklumkah jiwa remaja adalah jiwa yang penuh dengan pemberontakan yang perlu kekuatan dalaman. Adakalanya saat itu aku menjadi rendah diri malah sering merasa diri ini adalah insan yang hina. Namun semua itu umpana roda. Adakalanya kita di bawah dan kadakalanya kita di atas. Rupa-rupanya kesusahan itu adalah pengajaran yang paling bermakna dalam kerjaya dan lebih khusus dalam hidup ini. Kesusahan lalu mengajar aku betapa setiap saat mesti kita bersyukur. Setiap saat bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Hidup senang dengan hidup kaya raya ia adalah sesuatu yang berbeza. Hidup senang itu ialah hidup tenang. Hidup orang yang kaya jarang sekali tenang. Tengok saja rumah orang kaya rumah macam penjara kerana hilang tenangnya. Masa yang berlalu begitu pantas hingga adakalanya kita lupa pada masa lalu yang memeritkan. Aku berdoa moga Allah tidak memalingkan aku dari mana aku datang..Kerana dengan cara itu aku akan sedar diri bahawa semua yang datang adalah datang dari Tuhan. Tidak lama lagi 2013 akan meninggalkan kita dan 2014 akan datang tanpa dapat ditahan. Yang pasti dihadapan kita ada suatu yang mencabar. Cabaran itulah yang bakal mencorakkan kita. Bagaimana pun yang terjadi ingat asal usul kita agar kita tergelincir di tengah-tengah ujian kehidupan..Giliran siapa yang bakal naik pelamin (gambar hiasan) kah..kah..kah..kah




















Sunday, 15 December 2013

Kah..kah..kah..kah..lawak juga kadang-kadang Malaysiaku...

Bukti ikut gred: KDN macam meniaga 'teloq' - Sinar Harian
SHAH ALAM - Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bukti yang didedah Khamis lalu bersabit dakwaan kononnya Mohamad Sabu ahli Syiah hanya bukti gred B, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menganggap kementerian itu umpama berniaga telur.

Menurut Mahfuz yang dipetik dari laman mikro Twitter miliknya, kenyataan menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan istilah gred, tidak ubah seperti berniaga telur kerana lazimnya ia digunakan dalam perniagaan itu.

"Syiah. KDN miliki bukti gred A. Macam berniaga teloq (telur) ayam. Ada macam-macam gred," ujar Mahfuz.

Ahmad Zahid hari ini berkata, tindakan selanjutnya berkaitan isu Syiah ini bukan lagi di bawah bidang kuasa kementeriannya sebaliknya ia sudah memasuki peringkat penguatkuasaan.

Khamis lalu, 10 bukti dikemukakan KDN bagi mengaitkan Mohamad atau Mat Sabu dengan Syiah kepada umum.

Bukti itu yang dikatakan hanya gred B dan selebihnya yang disifatkan sebagai gred A akan pun diserahkan kepada pihak berkuasa agama.

Mahfuz, ahli Parlimen Pokok Sena yang terkenal dengan sikap suka berseloroh itu turut menulis dalam Twitternya, "KDN tak dak (tidak ada) gred"

Monday, 9 December 2013

Bermusafirlah..........

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.”(Surah Al-Ḥajj  ayat 46)

Dalam menelusuri hidup ini adakalanya kita terlupa dari mana kita dan ke mana mahu kita pergi.  Alam ini sebenarnya berbicara betapa kita ini adalah insan kerdil yang tidak punya apa-apa yang hendak dibanggakan. Mungkin kita boleh berbangga dengan kehidupan kita yang dikelilingi oleh pangkat dan jawatan atau mungkin kerana harta yang banyak. Namun begitu persoalan yang mesti kita telus menjawabnya ialah apakah kita ini hidup bahagia. Apakah kita rasa bahagia? atau apakah kita pernah merasa bahagia?.Ramai antara kita tidak tahu arah tujuan hidup akhirnya sibuk mencari dunia tetapi gagal mengecapi kehidupan dunia. Hidup dipenuhi kegelisahan dan keresahan yang tidak bertepian malah lebih parah menyalahkan takdir Tuhan. Al-Quran dan Hadith telah banyak memberi pengajaran yang jelas telah dibuktikan sama ada dengan kesan sejarah mahupun yang dibuktikan secara saintifik. Berapa banyak bukti lagi yang kita mahu lihat tentang kekuasaan Allah Yang Maha Perkasa sehingga kita lupa siapa hamba siapa tuan di dalam dunia ini. Kesombongan itu milik Allah kerana jika manusia memakainya jadilah seperti Firaun, Namrud, Hamman, Qarun dan sebagainya yang menjadi bongkak kerana sedikit nikmat dunia. Jika kita berkesempatan berjalanlah di muka bumi ini dengan penuh keinsafan. Kegagalan kita melihat alam dengan hati yang celik membuatkan kita buta hati. Buta hati lebih parah dari buta mata. Buatlah niat melancong itu bukan untuk melancong tetapi adalah untuk bermusafir barulah perjalanan itu adalah perjalanan Sunnah. Kerana jika kita berjalan jauh tetapi hanya timbul gembira seketika itu namanya hanya melancong. Tetapi jika semakin kita jauh perjalanan lalu luas pengalaman itulah musafir kembara mencari Iman. Musafir adalah pelajaran. Pemusafiran mengajar agar kita sentiasa berada pada landasan iman. Hanya Iman yang menjadi jaminan pada hari yang tidak berguna lagi emas dan perak. Iaitu hari pembalasan. Maka tidak hairan jika musafir itu penuh kebaikannnya, Islam telah banyak memberi "rukhsoh" dalam perjalanannya. Ambilah pengajaran dan lihat keagungan Allah. Semoga ia memberi peringatan pada kita bahawa kita manusia hanya insan kerdil yang tidak punya apa-apa. Oleh itu jadilah hamba Allah bukan hamba pada dunia. Wassalam.

Tuesday, 3 December 2013

Cukuplah Mati Sebagai Iktibar..

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".(QS. Al-Anbiya’: 35)


Cuaca seminggu ini agak mendung dan kadangkala hujan renyai-renyai. Dikhabarkan ada kawasan sudah mula banjir atau sungai pula sudah sampai paras berjaga-jaga. Mendung ini seolah-olah menyatakan bahawa alam ini juga memahami perasaan aku pada masa ini. Dalam hati aku kini seolah-olah ada satu kekosongan yang jika aku layan perasan tiba-tiba ia akan menjadi sesak. Ketakutan untuk sekian lama akhirnya sampai juga masanya. Saat kehilangan orang tersayang adalah saat yang paling menyedihkan. Bukan tidak reda dengan pemergian tetapi aku hanya manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Abah sudah tiada lagi dia telah dijemput ILAHI. Dia telah pergi dengan tenang tetapi kami anak beranak tidak dapat membendung air mata yang deras mengalir. Aku jarang sekali melihat emak menangis. Hanya ketika Abah mahu dibawa pergi untuk disemadi barulah aku nampak emak menangis. Emak menangis lagi ketika kami adik beradik mahu meminta diri. Katanya "selalulah tengok mak di kampung" sedu sedannya memang betul-betul meruntun hati. Aku tahu emak sudah mula rasa kehilangan. Jika dulu agak sibuk mengurus abah kini semua itu akan jadi kenangan sahaja. Seolah-olah mahu saja dia mengulangi saat itu walaupun mungkin penat jerihnya terpaksa ditanggung sendiri. Tetapi perkara itu tidak mungkin berlaku kerana abah pergi tidak akan kembali. Hanya jika bernasib baik maka akan ada pertemuan di akhirat nanti.

Mati itu betul-betul menginsafkan. Kematian menjadikan semua kelazatan dunia terbantut keghairahannya. Melihat kematian menjadikan kita akan kaget. Kaget kerana ini janji Allah bahawa semua kita akan menemui jalan itu. Jika baik maka kematian itu adalah istirehat tetapi jika tidak baik maka jalan buntu akan menimpa kita semua. Kematian akan meragut bukan saja nyawa kita tetapi juga keegoan kita tanpa mengira pangkat dan darjat. Hanya kain putih yang akan membalut tubuh dan hanya lubung kubur yang gelap menjadi rumah yang kekal sehingga dibangkitkan pada hari kiamat. Siapa pun kita, pengalaman itu adalah sangat menakutkan dan mengecutkan. Mungkin pengalaman malam pertama pengantin baru begitu mendebarkan tetapi malam pertama di alam kubur pasti menggetarkan. Oleh itu cukuplah kematian menjadi pengajaran kepada kita semua. Kepada pemimpin yang sombong. Kepada Ulama yang terpesona dengan dunia. Kepada suami durjana. Kepada isteri yang derhaka. Kepada anak yang tidak menurut kata. Kepada kita semua sebagai manusia. "Cukuplah Kematian Itu Sebagai Iktibar"...kepada abah semoga ruhmu dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.



Tuesday, 19 November 2013

Abah, Aku dan Hospital..itu jalan menuju Syurga.

Bulan Muharam kali ini aku kira ujian yang datang agak memenatkan. Pengalaman berkampung di 2 buah hospital betapa mengajar aku erti kesabaran. Pengalaman dibuli di hospital ini membuat abahku mengajak balik dan tidak mahu ke hospital lagi. Katanya "biarlah aku mati di rumah" betul-betul menyentap hatiku. Hampir 5 hari abah berada di hospital maka 5 harilah aku melihat beberapa gelagat manusia yang kadang-kadang sukar untuk difahami. Kenapa agaknya manusia ini sering lupa bahawa mereka itu tidak perlu menunjukkan diri mereka itu adalah sangat penting. Ini kerana sikap ini akan melahirkan sikap mementingkan diri sendiri. Hari kedua berada di hospital ada seorang pakcik telah marah-marah dengan pihak wad. Katanya yang bekerja di hospital ini semuanya tidak ikhlas dan diakhiri percakapannya dengan perkataan "bongok" yang dihamburkan pada kakitangan wad itu. Aku cuba bersangka baik bahawa pakcik ini sedang sakit pasti perasaannya tertekan. Sempat aku bertanya sudah berapa lama pakcik di sini. Jawapannya agak lembut "dah 5 hari dah". Terkejut juga aku kerana reaksi berbeza dia telah berikan pada kakitangan wad sebelum ini. Hinggalah hari ke 3 dan ke 4 barulah aku faham kenapa pakcik itu agak marah. Marah kerana kecewa. Marah kerana dilayan seperti tidak ada harapan hidup. Marah kerana dilihat sebagai beban kerja saja. Marah kerana dibuli dan dihurung hulu ke hilir tanpa tujuan. Marah kerana doktor hanya membuat pelbagai ramalan. Agak sukar untuk melihat jururawat yang tersenyum yang ada hanyalah muka yang mencuka. Aku sedar abah sudah tua dan sakitnya nampaknya agak semakin sukar pulih. Dalam umurnya akan genap 89 tahun disember ini tidak banyak yang boleh diharapkan. Tetapi ia bukan alasan abah mesti dilayan sebagai manusia kelas kedua. Apakah kerana kami golongan marhaen mereka berhak membuat keputusan sesuka hati. Malah ketika abah membuat keputusan untuk balik ada kalangan mereka berkata "inilah nasib kalau masuk hospital kerajaan". Aku tidak pasti apa maksud perkataan itu tetapi yang aku faham stigma kita masih jauh tertinggal dari segi mentalitinya. Islam tidak mengajar semua itu. Islam menganggap kerja yang baik adalah ibadah. Ibadah balasannya untuk ke jannah. Aku tidak nampak perkara itu berlaku dikala kita sedang menyambut tahun baru hijrah. Sedih memikirkan perkara ini. Lebih sedih lagi apabila melihat wajah ayah. Wajah kepenatan kerana "dibuli" berkali-kali. Emak yang kepenatan berulang alik hanya mampu berdoa moga ayah sembuh. Moga kesabaran menyaluti diri dalam ujian ini. Ujian yang datang untuk menebalkan sabar. Sabar bermaksud juga jangan marah. Jangan marah pesan Rasulullah SAW. Sabar yang membawa khabar. Khabar gembira lagi muktabar. Muktabar sabar adalah iman. Iman adalah pedoman. Pedoman untuk menuju jalan aman. Aman di syurga yang abadi. Moga itulah pembalasan Tuhan.

Sunday, 10 November 2013

Kembalilah Kepada Islam....




Firman Allah yang bermaksud:
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (al-Rum: 41).

Friday, 1 November 2013

Hijrah Kita Dari Mana Mahu Ke Mana...

Apabila masuk tahun baru maka seringkali kita merasakan masa itu terlalu pantas meninggalkan kita. Maka betul lagi membetulkan apabila Imam Al-Ghazali berkata yang paling jauh ialah masa yang meninggalkan kita. Ramai antara kita tidak mahu menerima hakikat bahawa setiap kita sedang menanti hari tua dan bakal masuk ke satu lubang yang mana hanya amalan baik sahaja akan menceritakan nasib kita. Ramai antara kita kadang-kadang hanyut dalam pencarian dunia yang terlalu banyak menipu. Yang akhirnya ramai jugalah antara kita yang kecewa dalam pencarian itu. Umpama orang berjudi pula gamaknya. 

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa hanya dengan perintah Allah sahaja manusia itu akan selamat. Hijrah bukan sahaja satu gerakan bijaksana oleh Rasulullah SAW dalam misi dakwahnya tetapi signifikan dalam falsafah hijrah itu ialah ketaatan kepada Allah SWT sahajalah hanya akan menjamin kejayaan yang kekal abadi. Falsafah hijrah itu bukan sahaja derita itu dirasa bahagia, perpisahan itu dirasakan kerinduan, tangisan itu dirasakan cinta tetapi ia adalah bahagia di atas bahagia. Kebahagian berjuang bersama Rasulullah dirasakan sangat bahagia hingga semuanya sanggup berkorban apa sahaja. Kenapa begitu? Kerana Rasulullah membawa obor kebenaran untuk kebahagian akhirat yang abadi. Dalam pecutan dakwah itulah akhirnya Rasulullah SAW berjaya menggarap kekuatan ukhwah sejati bersama muhajirin dan ansar. Bukan ukhwah palsu yang sering kita hadapi sekarang ini. Hijrah telah merintis lapangan kejayaan untuk umat Islam yang merasa bahagia bukan kerana mata benda tetapi cukup kerana reda. RedaNya jualah yang akan menjelaskan langkah kita dari mana mahu ke mana agaknya kita. Apalah guna jika kita nampak bahagia di dunia tetapi bahagia dunia itu hanya lukisan derita bila kita berada di"sana" nanti. Semoga Ma'al Hijrah yang datang kali ini bukan hanya bertukar slogannya tetapi yang paling wajib ialah kita bertanya apakah kehadirannya hanya sepintas lalu seperti angin lalu yang bertiup. Jangan nanti apabila tiba "audit" masyar kita hanya menangis menyesal kerana masa yang masa mencari akhirat kita sia-siakan hanya mencari bekalan hidup untuk dunia semata........

Tazkirah Jumaat..Senyumlah semua..

Nasihat bagi yang suka marah-marah

Tuan Ibrahim Tuan Man, 29 Okt 2013
Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik...

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibu bapa.

Untuk renungan hari ini. Senyum

Thursday, 24 October 2013

Kah..kah..kah..Akhirnya Rakyat Yang Rugi..

Ling Liong Sik bebas tuduhan tipu kerajaan - Bernama
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
  
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membebaskan Dr Ling selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.
  
Dr Ling, 70, yang diperintah membela diri pada 9 Mac tahun lepas, didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ.
  
Dia didakwa menipu kerajaan apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1.088 bilion sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan, dalam menentukan nilai itu, telah mengambil kira kadar kupon.
  
Dr Ling juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
  
Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.  - Bernama

Wednesday, 23 October 2013

Ini baru Demi Islam..Takbirrrrr!!!!

Hukum rejam di Brunei- Sinar Harian

Tarikh: October 23, 2013
BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan secara berperingkat hukuman Islam lebih keras termasuk rejam hingga mati bagi pesalah zina.

Baginda bertitah demikian ketika mengumumkan Akta Kanun Keseksaan Syariah yang akan berkuat kuasa selepas enam bulan secara berperingkat, semalam.

"Pelaksanaan undang-undang ini adalah sebagai memenuhi tanggung jawab kepada ALLAH SWT," titahnya yang dipetik laporan AFP

Berdasarkan butiran kes tertentu, hukuman juga termasuk memotong tangan bagi kesalahan mencuri dan sebatan untuk kesalahan pengguguran bayi dan minum arak.

Tuesday, 22 October 2013

kah..kah..kah..kahh..lawak bodoh apa ni?

Rayuan hanya merujuk kes The Herald- utusan online

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan hanya merujuk kepada kes penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan The Herald sahaja dan bukan secara umum diputuskan kepada kalimah Allah yang terkandung di dalam semua Bible.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan itu untuk keputusan terakhir.

"Dalam keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan, hanya memberikan keputusan kepada penggunaan kalimah Allah dalam The Herald. Dalam al-Kitab perkataan Allah itu masih boleh digunakan.

"Permintaan Menteri Dalam Negeri yang merayu kepada Mahkamah Persekutuan adalah untuk memberikan hukuman kepada The Herald," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta memperjelaskan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang sebelum ini berkata, kalimah Allah masih boleh digunakan di dalam Bible di Sabah dan Sarawak.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak menyekat sebarang perundangan dan pengamalan agama lain tetapi mereka harus mengetahui bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah dihormati.

Katanya, penerbitan Kristianiti di Sabah dan Sarawak telah diberi kebebasan untuk menggunakan kalimah Allah.

"Saya rasa semua pihak harus faham, ini bukan sekadar tidak membenarkan penerbitan semata-mata. Ia adalah demi umat Islam jadi semua pihak harus menghormatinya," katanya.

Thursday, 17 October 2013

Taubat kerana Fatwa??

Bukan Aurad Muhammaddiah saja fatwanya haram..
Rokok fatwanya haram di Selangor..
kakakakakakakakaka....

Woiiii...Berdebatlah..kakakakakakaka...

Fathul sedia bersemuka Jui Meng
Fathul Bari 

SHAH ALAM - Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya sedia bersemuka dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bagi menjelaskan maksud Surah Al-Imran ayat 64 dan Surah Al-Ankabut ayat 46.

Katanya tindakan itu supaya Jui Meng tidak terus terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran bagi mengelakkan salah faham berkenaan kalimah ALLAH.

“Mereka sebenarnya masih tidak faham konteks penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam di negara kita. Saya sedia bertemu untuk memberi penjelasan.

“Beliau (Jui Meng) ini tidak faham mengenai tafsir ayat al-Quran itu, tapi mahu mengulas dengan mempersoalkan ayat tersebut dalam isu kalimah ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, Jui Meng dalam status Twitternya memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald.

Mengulas lanjut, Fathul berkata tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH itu tidak boleh dipersoalkan sebaliknya cuba untuk menghormatinya.

“Tindakan mahkamah itu untuk mengelakkan daripada berlaku kekeliruan umat Islam dan penganut lain berhubung kalimah ALLAH. Tambahan pula kita dapat mengelakkan gejala pluralisme yang cuba diserapkan pihak luar terhadap umat Islam.

“Jika mahkamah benarkan, dibimbangkan akan membawa kemudaratan kepada generasi muda terutamanya yang kurang bimbingan dan didikan agama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya orang bukan Islam supaya tidak mempersoalkan keputusan mahkamah berkenaan kalimah ALLAH.

“Selama ini, tiada orang bukan Islam sibuk isu kalimah ALLAH, kita pun tidak tahu apa strategi dan perancangan mereka.

“Lebih baik mereka tidak campur tangan dalam isu ini,” katanya

Wednesday, 9 October 2013

10 Oktober Tarikh Keramat.hahaha


Mencari Redha Allah Melalui Redha Ibubapa..

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”
Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga."

Seringkali kali aku tegaskan bahawa aku bukanlah di kalangan orang yang berada. Seringkali aku terfikir kisah lalu yang sangat memeritkan lalu "terlondeh" keegoaan aku sebagai seorang lelaki. Air mata aku akan bergenang mengenangkannya. Merasai keperitan lalu sebenarnya banyak mengajar aku dalam bertindak untuk hari ini. Malah kesusahan hidup menyebabkan aku sentiasa belajar bersyukur dengan kehidupan sekarang. Seringkali pabila makan makanan yang sedap pasti aku teringat apa yang ibu bapaku makan hari ini. Kerana tika kecil dulu seringkali mereka berfikir apakah yang mahu disuap kepada anak-anaknya setiap hari. Seringkali fikiran itu mematahkan selera ku untuk makan dengan selera. Semuanya jadi pahit. 

Apa yang ingin aku sebutkan di sini ialah ramai di kalangan kita apabila bekeluarga sibuk untuk membina keluarga hingga kadang-kadang terlupa tentang keluarga yang telah membina keluarga kita iaitulah ibu bapa kita. Kita terlupa kerana barakah dan karamah tangan-tangan kedut itulah kita berada pada singgahsana yang kita ada sekarang. Dulu sesibuk mana pun ibu bapa kita, anak-anaknya adalah yang paling utama. Tiada niat yang tersembunyi hanya mahu melihat anak-anaknya dapat mengecapi hidup yang sempurna. Dewasa ini anak-anak sudah mula sibuk mencari dunia kadang-kadang terleka. Terleka dek kerana mahu mencari hidup di dunia. Pelbagai halangan yang terbentuk dengan perkataan sibuk. Bukan sahaja sibuk bekerja malah sibuk juga dengan jadual anak-anak. Kadang-kadang kelapangan itu ada anak-anak pula yang sibuk. Walaupun sesibuk mana kita janganlah kita lupa lubuk asal usul kita. Lubuk itu walaupun kering atau basah. Busuk atau wangi. Cantik atau buruk disitulah lubuk keberkatan hidup. Apa pun alasan kita yang pasti tiada alasan yang boleh mengembalikan mereka berdua bila mereka tiada lagi. Jadi berjuanglah untuk mendapat redha mereka. Berjuanglah agar sebab merekalah kita akhirnya dapat masuk syurga walau selalu menjadi insan berdosa. Hayati hadith di atas mahu percaya atau pun tidak. Percayalah janji Allah tidak pernah mungkir. Hanya kita yang ada persimpangan mahu ke kanan atau ke kiri..

Thursday, 26 September 2013

Ini jejaka Cool Sepanjang Zaman...Selamat Jalan..Istirehatlah kamu..

Al-Fatihah untuk kamu..Selamat Beristirehat.. Selamat Mendapat Syurga Allah.
Kau Memang Cool Sehingga Akhir Hayatmu..

Ini Lagi cool dalam Kenangan aku..

Kau jangan senyum-senyum saat kau akan sampai..
Dah bersedia ke..Muka Cool..jangan di sana nanti tak cool pulak..


Wednesday, 25 September 2013

Salam Perjuangan..

Sehingga tulisan ini aku tulis keadaan di Mesir tidak banyak berubah. Pengharaman Ikhwanul Muslimin oleh mahkamah kudeta adalah seperti yang dijangkakan. Ini adalah skrip zionis. Ia tidak sukar untuk dibaca. Malangnya para algojo al-sisi terus menjadi kuda tunggangan para puak zionis. Jawapan sangat mudah. Hanya kerana mencari sedikit kesenangan dunia. Maka tanpa belas sanggup membunuh saudara Seislam sendiri. Inilah yang pernah Baginda Rasullullah SAW sebut umat Islam akhir zaman itu ramai tetapi mereka seperti buih dilaut. Ramainya hanyalah mereka yang sakit "wahn". Iaitu cinta dunia dan takut mati. Sesuatu yang sangat mengkagum hatiku ialah betapa semangat kental para pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang walaupun telah haramkan pertubuhannya dan disita harta mereka tetap kekal mengharap kebenaran. Agak tidak kedengaran ada dikalangan ahli mereka yang merungut bahkan "kesabaran" mereka jelas telah mendapat sokongan yang padu dari rakyat Mesir. Jiwa besar Morsi yang tidak membalas dendam ketika berkuasa telah dibalas dengan Tamarod yang mengarut. 

Peristiwa di Mesir adalah masa depan perjuangan Islam sebenarnya. Perjuangan yang panjang yang mengajar bahawa jalan mehnah dan tribulasi inilah yang telah dihadapi oleh para Nabi dan Rasul malah ia sudah tentu hebat lagi. Kemenangan Islam itu sebenarnya ialah bergantung apakah umat Islam itu akan menjadi contoh kepada manusia yang lain. Firman Allah  dalam Surah Ali Imran yang bermaksud :
 “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Melihat dari satu sudut memanglah kita sedang melihat keruntuhan Ikhwanul Muslimin. Tetapi dari sudut lain betapa Ikhwanul Muslimin berjaya menolak fitnah selama ini bahawa mereka adalah pertubuhan pengganas. Dunia sedang melihat opera ini dengan degup dakwah Islamiah yang semakin meluas dengan sikap Ikhwan yang langsung tidak melawan.  Apa yang dilalui Ikhwanul Muslimin sebenarnya bukanlah tragedi pertama "rampasan" kuasa yang menyakitkan ini. Farah Aidit telah dirampas kuasa di Somalia. Hamas di Palestin. Parti Islam Algeria juga. Malah kedogolan para kapitalis Arab hanya melihat saudara Seislam mereka dibuli sepanjang masa. Arab Saudi, Qatar, Jordan, UAE, Kuwait dan lain-lain negara kaya umat Islam hanya membiarkan sahaja perkara ini. Semoga Allah membalas pengkhianatan mereka ini. 

Semakin hari memikirkan kekuatan Ikhwanul Muslimin terkadang aku merasa malu. Malu kerana adakalanya kita bercakap soal perjuangan tetapi sebenarnya kita ini takut untuk berjuang. Zaman ini gelora mencari habuan dunia membuatkan kita terlupa matlamat kita sebagai seorang Islam. Memang mudah mengungkapkan kata-kata tetapi apabila mahu diamalkan ia bukan mudah seperti yang kita sangkakan. Adakalanya kita terikut-ikut rentak hingga kelahab mencari dunia sampai lupa bahawa yang dikejar itu hanya palsu belaka. Ramai antara kita terlupa apabila mati nanti bukan jawatan tetap  atau mata benda yang ditanya. Tetapi apakah yang telah kita lakukan bersama Islam. Islamkah kita? atau perkara yang paling kita kecewa nanti bukan sahaja miskin di dunia, papa pulak diakhirat. Makin difikir makin takut pula. Aku sentiasa berdoa semoga aku akan setabah saudara-saudaraku yang sedang diuji itu. Semoga kamu semua begitu. Salam perjuangan untuk semua.......
Ingat Pesan Orang Ini..Paling Cool

Ini Lagi Cool...



Tuesday, 24 September 2013

Bercakap Benarlah..

Bercakap soal melayu..apakah benar faham APA itu bangsa Melayu...

Hello Malaysia 24/9/2013 10 mlm

Lawak la der...

Kelakar la baca berita ni.nak gelak tapi kesian..
Henti projek bodekisme..Islam itu ialah tranformasi sebenar..berhenti menjadi bodoh dan membodohkan....

Thursday, 19 September 2013

سلامة هاري جمعة..كوانكو

Sajak untuk kawan

Kawan
hidup ini perjuangan..
Perjuangan Yang bererti..
Ia tidak akan berhenti..
Hinggalah denyut nadi mati..

Kawan..
Jangan resah atau gelisah..
Sebaiknya kita pasrah..
Kerana ujian adalah lumrah..
Untuk mgenal mana sombong mana yang ramah..

Kawan..
Tahukah kau erti ujian..
Bukan untuk pujian..
Bukan untuk berlian..
Tapi untuk Tuhan..
Tuhan yg Maha Faham.
Tuhan yg mengangkat darjat kerana ujian..

Kawan..
Bersabarlah..
Kerna sabar itu indah..
Sebagai galang untuk ke Jannah..
Simpang neraka membawa punah...

Kawan...
Jangan kau bersedih..
Walau ujian itu pedih..
Jangan kau merintih..
Landasan ini untuk kita latih..
Bukan alasan utk berdalih..
Iman dan taqwa kuatkan silih..
Moga semangatmu terus gigih..

Kawan..
Para nabi mengajar kita...
Agar jgn terlupa alpa..
Syurga senantiasa menanti kita..
Janji jangan kecewa nestapa.

Kawan..
Berjuanglah kita..
Ujian dtg matanglah kita..
Jangan dikira serabut kita..
Kita adalah kita...
Hanya hamba Yang Maha ESA..

Nukilan&hak cipta terpelihara:
@tankecik

hahahahahahaha..bro apa cerita ni......

 Ini gentleman..


Ini Kahwin lari..
 Cakap besar Nikah pun Sindiket

 Perlu diContohi

 Yang Ini Gila

Ini Isu Sinar Harian hari ini..........

Wednesday, 11 September 2013

Dalam Dunia Ini Ada Macam-Macam Bodoh Rupanya..


Bila kita cakap kalau malu bertanya sesat jalan. Dia selalu buat bodoh sombong. Kalau nak membodek jangan melampau sangat nanti nampak bodoh macam kerbau nak selamatkan buaya. kalau hanya pandai tapi gagal menjadi pandai itu namanya gila isim. Jangan jadikan agama topeng untuk menghalalkan cara. Jangan hanya jadikan agama itu alasan nak kahwin lagi. Jangan hanya jadikan agama hanya mahu menjadi Astora Jabat Jr. Jangan jadikan agama untuk jadi calon pilihanraya. Jangan jadikan agama hanya bahan untuk membodek. Kerana jika itu berlaku ramai yang menyalahkan agama apabila gagal dalam hidup. Mereka menganggap agama adalah "candu". Islam mengajar umatnya bukan sahaja belajar untuk kehidupan tetapi lebih penting Islam mengajar manusia jangan menjadi jahil. Jahil itu bodoh. Apalah gunanya nampak muka pandai tapi bodoh. maka itu namanya bala. Biar nampak bodoh tapi pandai. Ingat Islam itu membasmi kebodohan..

Tuesday, 10 September 2013

سلامت جالن كاكك كو سلامت مندافة حاج مبرور

Dari jauh Ku kirimkan DOA moga kau tenang dan selamat. Kirim selawat dan salam buat Junjungan Nabi محمد saw...daokan kami semua agar mengikut jejak untuk ke sana. Doakan hidayah dan kesihatan untuk abah dan mak..doakan kami..semoga mabrur di sana..Amin



Tuesday, 3 September 2013

Hadiah Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia 56 Tahun..kah kah kah..padan muka

Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok
  • Najib Tun Razak 
  •  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet. Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - Bernama

Minyak naik lagi. Bermakna semua perkara yang berkaitan dengan minyak akan naik. Gula, tepung, minyak kelapa dan sebagainya akan naik juga harga. Maka kos hidup rakyat akan melambung naik juga. Bagi rakyat bawahan tentunya ia akan membebankan. Aku masih ingat lagi alasan untuk naik harga minyak dahulu adalah untuk memperbaiki pengangkutan awam. Hingga kini ia hanya alasan bodoh yang membodohkan. Maka ada banyak juga alasan direka untuk "menghalalkan" kenaikan ini. Semalam Menteri Hal Ehwal Pengguna menafikan bahawa harga minyak akan naik. Malah nada marahnya juga jelas jika dilihat videonya. Maka jelas juga Menteri ini telah menipu kononnya tidak tahu menahu. Di kala harga minyak dunia turun harganya agak pelik harga minyak di Malaysia pula naik. Dari sudut lain kita mesti melihat bahawa kerajaan sekarang terpaksa "mengepam" subsidi untuk rakyat untuk dijadikan belanjanya untuk belanjawan akan datang. Setelah rahsia GST dan Perjanjian TPPA terbarai ditengah jalan maka tindakan menaikkan harga minya adalah antara senjata ampuh untuk memenuhi harga "Belanjawan 2014" yang akan dibentang pada bulan oktober nanti. Kesuntukan masa mencari sumber akhirnya rakyat menjadi mangsa pada keadaan ini. Ini adalah agakan aku. Ramai yang terkejut dengan kenaikan harga minyak kali ini. Malah Persatuan Stesen Minyak juga dikatakan terkejut. Ia adalah suprise. Biasanya suprise adalah kerana untuk meraikan sesuatu. Dikala kita menyambut ulangtahun Kemerdekaan yang ke 56, kenaikan harga minyak adalah suprise untuk rakyat Malaysia. Ini adalah permulaan awal untuk kerajaan yang baru mendapat mandat baru dalam pilihanraya yang ke-13. Kita ini negara yang kaya tetapi lemah tata kelolanya. Keadilan itu untuk semua bukan sahaja untuk golongan "borjuis" sahaja.Tunggu dan lihat lagi apakah tindakan tidak popular kerajaan ini bakal menghambatnya pada PRU 14 nanti. Ingat..demokrasi maksudnya adalah dari rakyat untuk rakyat. Jika sesuatu keputusan itu bukan untuk rakyat atau menyusahkan rakyat maka itu bukan kerajaan rakyat. Tunduk kepada kapitalisme bermakna ini penjajahan yang sedang menjajah rakyat dengan belenggu kesusahan hidup. Kalau dulu makan ubi kayu untuk hidup kini kita hanya mampu merayu untuk hidup.  Salam kemerdekaan untuk semua.

Monday, 26 August 2013

Ahli Agama atau Orang yang Beragama.


Beberapa minggu ini maka hebohlah persengketaan yang berlaku di Mesir. Seorang Presiden yang dipilih secara demokrasi akhirnya dijatuhkan dengan merampas kuasa oleh kudeta tenteranya sendiri. Ini merupakan antara tragedi malang yang berterusan melanda umat Islam pada masakini. Hati yang sedih melihat kezaliman yang berlaku di Gaza dan Syiria nampaknya terus menambah duka dengan apa yang berlaku di Mesir. Aku yang lemah iman ini hanya mampu mengeluh dan bersedih dengan apa yang berlaku. Disebalik apa yang berlaku yakinlah bahawa janji Allah pasti berlaku bahawa Islam akan menang jua akhirnya. Semua pihak mesti berperanan dalam merungkai masalah yang berlaku. Apa yang berlaku itu sebenarnya bukan sekadar masalah Palestin. Atau masalah Syiria atau masalah Mesir. Tetapi ia adalah masalah umat Islam. Kegagalan umat Islam menghayati Islam akhirnya menyebabkan umat Islam terus dibuli. Mana dia pemuja Amerika. Mana dia pemuja demokrasi. Mana Mana dia pemuja kapitalis. Mana dia pejuang Islam yang berdegar-degar cakapnya. Jika kita mencari jawapan itu maka kita akan kecewa dan sekarang kita sedang dilanda kekecewaan itu. Apa yang lebih mengecewakan ada pula kalangan ahli agama yang mengeruhkan lagi kecelaruan ini. Lihat saja bicara dengan "Mamat Salafi" dalam rancangan khas isu Mesir di tv 1 pada 23/9/2013 dan tulisannya dalam akhbar perdana pada 25/9/2013. Hujahnya menggunakan Al-Quran dan Hadith tetapi secara terang-terangan menyeleweng. Bodoh betul nampaknya. Hujahnya dangkal malah memalukan. Ayat mamat ni memang tersusun tetapi semuanya ayat bodek. Inilah punca kenapa Islam itu selalu dipinggirkan kerana ada ahli agamanya yang pandai tetapi bodoh. Kebodohan itu datang kerana dia terlalu mencari dunia dalam hidupnya. Para ahli agama ingat... Umat Islam kini bukan memerlukan ahli agama yang ramai tetapi Islam kini memerlukan umat yang beragama. Apalah gunanya ahli agama 'terompah kayu' yang akhirnya hanya tersembam ditempat yang hina. Umat Islam kini mahu ahli agama yang benar, amanah, penyampai kebenaran dan bijaksana. Jangan bodoh diperbodoh dan bodoh selamanya. Kepada "ulama muda'" ini setiap apa yang kamu kata semuanya akan ditanya oleh Allah yang mana pada ketika itu hanya ada 2 jawapan syurga atau neraka. Berhenti menjadi barua kepada mata benda dunia. Barua itu suatu bentuk penjajahan

Ingat amaran Allah ini. Ingat betul-betul...........
Firman Allah dalam Surah Al-A'raf ayat 176-177 yang bermaksud : "Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir."

Sunday, 25 August 2013

Ini pertemuan Bersejarah sejak hampir 15 tahun terpisah..1997

Kami bekas pelajar SAMT sultan salahuddin abdul aziz shah batu 38 sabak bernam..
Tiada banyak yang berubah kecuali jumlah anak dan perut masing-masing makin boroi...



Monday, 19 August 2013

Perlu Jelas Kenapa Mesir Bergolak!!!!!!

Perihal Orang Yang Terlalu Fanatik & Taksub

Terdapat golongan yang tidak dapat menerima hakikat bahawa kenyataan Raja Saudi, Raja Abdullah yang dikeluarkan dua hari lalu adalah kenyataan yang menyokong tentera Mesir. Antara isi kandungan kenyataan Raja Saudi :
“bahawa Kerajaan Arab Saudi, rakyat dan kerajaannya berdiri bersama hari ini dengan saudara-saudara mereka di Mesir dalam menentang keganasan, kesesatan dan fitnah bagi berhadapan dengan percubaan untuk mencampuri urusan dalaman Mesir.”


Raja Abdulllah

Terdapat dua perbahasan dari petikan kenyataan ini:
1) Kenyataan “bagi menentang keganasan” ini senada dengan ketua tentera Mesir Abdul Fatah As-Sisi. Bukankah Sisi selama ini meminta rakyat Mesir memberikannya kuasa bagi dia berhadapan dengan pengganas?
2) Adakah tindakan kerajaan Saudi yang menyokong kerajaan kudeta Mesir melalui bantuan kewangan tidak disifatkan “mencampuri urusan dalaman Mesir”. Bukankah Raja Saudi yang merasuah As-Sisi dengan USD 1 billion bagi menggulingkan Mursi?
Peta Mesir
Golongan yang saya boleh sifatkan ‘fanatik’ Raja Saudi kerana masih mahu mempertahankan raja yang zalim dan melakukan jenayah besar kerana tangan Raja Abdullah antara negara Arab yang menyokong pelan rampasan kuasa tentera di Mesir.
Golongan taksub Raja Saudi ini juga telah membawa fatwa-fatwa dari ulamak Saudi yang wajib mempertahankan pemimpin sekalipun zalim. Inilah ulamak-ulamak Wahabi pengampu yang cuba mengampu dinasti keluarga Saud yang memerintah Saudi berpuluh-puluh tahun yang menjadi sekutu kuat Amerika.
Ulamak mereka hanya lebih cenderung membahas masalah furu’ dengan mengharamkan tawassul, berdoa di maqam Rasulullah SAW, melarang binaan di kubur Baqi’e sehingga sukar bagi kita hari ini mana perkuburan sahabat Nabi, mengharamkan politik tetapi dalam masa yang sama menjadi pengampu kepada Raja ini dengan fatwa yang pelik.
Di mana saja ketua negara Arab yang tidak dipilih melalui pilihanraya secara telus oleh rakyat maka dia adalah boneka Amerika dan Yahudi. Berapa puluh tahun sudah kerajaan Saudi dijadikan ‘harta warisan’ keluarga Saud dengan berselindung di sebalik gelaran “Khadam Dua Tanah Haram”.
Bukit Safa
Apa yang dikhadamkan, tidak pula pasti. Ke mana tempat-tempat suci dan bersejarah? Mana rumah Saidatina Khadijah yang berada di luar bukit Sofa yang dijadikan tandas? Mana kesan-kesan peninggalan para sahabat yang lain? Semua dihapuskan kononnya bagi mengelakkan pemujaan sedangkan rajanya yang memuja Amerika tidak pula dihiraukan. Adakah syirik yang paling besar selain tunduk kepada kehendak makhluk?
Hakikatnya, Saudi amat bimbang jika angin perubahan yang melanda Mesir turut melanda Saudi. Pihak berkuasa Saudi juga turut menekan dan menindas kumpulan Islam di negara itu termasuk kepada warganegaranya yang keluar berjihad seperti Afghanistan dan Iraq.
Sifat taksub dan fanatik ini juga yang membelenggu sesetengah mereka yang berada di Mesir ketika ini. Tidak dapat menerima kesalahan dibuat oleh sesetengah ulamak. Bagi mereka, seakan-akan ulamak itu tidak boleh melakukan kesalahan dengan alasan “ijtihad ulamak” walaupun terang lagi bersuluh ulamak itu mengeluarkan kenyataan menyokong tentera, tetapi dipertahankan juga dengan hujah dan dalil “terpencil” tanpa mengira pandangan ulamak semasa yang dikeluarkan atas nama jama’ah.
Maka wabak fanatik raja dan ulamak ini suatu yang serius. Mereka perlu diperingatkan kepada ayat Allah dalam surah Hud ayat 113 :
Surah Hud 113
Maksudnya : “Dan jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim nescaya kamu akan disambar oleh api neraka.”
Mahu pertahankan raja kesayangan kalian, silakan. Mahu pertahankan ulamak kesukaan kalian, silakan. Tetapi jangan sampai seakan-akan mereka tidak boleh bersalah langsung. Jika mereka sudah tergelincir dari landasannya maka dengan penuh hormat, kita tidak lagi bersama-sama mereka.


SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul malik Bin Abdul karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Friday, 16 August 2013

Ini barulah Pemimpin Islam yang wajar dicontohi..Malaysia?

Erdogan: “Para Fir’aun Itu Bakal Segera Hadapi Musa”, Turki Tarik Duta Besarnya Dari Mesir


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengkritik habis-habisan pemerintah Barat berhubung kejadian di Mesir. Erdogan menyatakan bahawa “Musa akan datang dan kezaliman Fir’aun tersebut akan berakhir!”

Pernyataan ini disampaikan oleh Erdogan semalam, Khamis (15/8/2013) dalam satu sidang konferens di Bandar Antarbangsa Esenboga sebelum keberangkatannya ke Turkmenistan.

“Demokrasi di seluruh dunia akan dipersoalkan jika Barat tidak mengambil tindakan serius soal ini,” tegas Erdogan.

Erdogan mengutuk insiden Rabu berdarah di Kaherah. Ia menyebutnya sebagai ‘pembaitaian".

"Mereka yang tinggal diam menghadapi pembantaian ini sama bersalahnya dengan mereka yang melakukan (pembantaian) ini. Majlis Keselamatan PBB perlu segera membahas (masalah pembantaian ini)." katanya.

“Mereka yang diam dan acuh tak acuh terhadap pembunuhan yang terjadi di Mesir, merupakan penyebab utama hal ini,” tambahnya.

Selain itu, Turki berpendapat, Barat telah mengamalkan dwi-standard yang sangat ketara dalam menghadapi situasi di Mesir.

"Saya sampaikan pada negara-negara Barat. Anda tetap diam mengenai hal di Gaza, anda tetap diam terhadap apa yang berlaku di Syria... kini anda masih diam pada pembaitaian di Mesir. Jadi kenapa anda berbicara tentang demokrasi, kebebasan, nilai-nilai global, dan hak asasi manusia?" kecam Erdogan lantang terhadap sikap Barat dan sindiran pedas terhadap negara Islam lain yang berdiam diri.


“Tentera bertanggung jawab atas kudeta pembunuhan ini. Barat tidak pernah menyatakan apa yang terjadi di Mesir secara terbuka, meskipun mereka mengakui hal ini dalam pembicaraan peribadi di balik pintu tertutup,” demikian Erdogan.

Sehubungan dengan itu, Turki juga telah memanggil pulang duta besarnya untuk Mesir, menyusul insiden berdarah yang telah mengorbankan tak kurang dari 638 orang dan mencederakan 4.000 orang.

Pemanggilan pullang duta tersebut dilakukan untuk perundingan setelah pembantaian di Mesir, dan tak dipastikan sampai bila duta besar tersebut akan kembali semula ke Kaherah.

Turki menjadi salah satu negara yang paling keras mengkritik kudeta teenteraterhadap pemerintahan Presiden Mesir yang digulingkan, Muhammad Mursi.

Thursday, 15 August 2013

Jahanam Punya Al-Sisi...

Si Setan Al-Sisi dan para algojonya telah mengganas..
Cukup mengguris hati ini..air mata ku tidak dapat dikekang lagi..
Aku berdoa moga Allah membalas semua perbuatan jahat ini..
Mana dia negara arab yang kaya raya itu..
Mana dia penjaga Kaabah yang suci itu..
Tangan kamu belumuran darah tidak layak untuk menjaga Kabaah yang suci...
Kamu menuduh syiah pembunuh..kamu lebih dahsyat dari mereka...
kamu kuda Zionis...kamu lebih kejam dari Israel..
Patutlah Israel itu gagal kamu lawan..
rupa-rupanya kamu ini adalah rakan tidur zina mereka..
Setan kamu..iblis kamu..jahanam kamu..
Jahanam kamu semua yang membunuh..
kamu berbangga dengan kematian saudara Seislamku..
Jahanam lah kamu ke neraka Jahanam..
Kamu pembunuh hanya akan menjadi bangsat dunia akhirat..
Aku berdoa moga kamu yang membunuh mendapat laknat dari Allah SWT..
Jangan ingat dengan menggilis mayat dengan kereta kebal kamu mereka itu akan mati..
di mata kamu mereka mati..di sisi Allah mereka hidup..
Tunggulah bala yang menimpa firaun akan menimpa kamu..
Ya Allah laknatlah mereka yang membunuh dan membantu pembunuh para pejuang Islam yang mahukan kebenaran dan keadilan..
Para sahabatku di Mesir ingatlah..
Kemenangan semakin hampir untuk kamu..
Walau apa pun yang berlaku..
Ini adalah jalan paling pantas untuk kamu semua untuk ke syurga..
Kisah syahidmu betul2 menyentak gembira aidilfitri aku kali ini..
Tidak mengapa sahabatku..Selamat jalan aku ucapkan..
Berbahagialah apabila mengadap tuhanmu Allah Yang Maha Esa dan Kuasa..

Sunday, 11 August 2013

Iktibar Untuk Para Pejuang Islam

Daya tahan Ikhwanul Muslimin luar biasa

Harakah, 12 Ogs 2013
Rampasan kuasa tentera Mesir menggulingkan Presiden Morsi memerlukan analisis lebih mendalam, termasuk sejarah panjang pemerintahan diktator negara itu dan latar belakang mengenai liku-liku perit yang dilalui Ikhwanul Muslimin selama hampir 60 tahun.

Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar), Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dirasakan tokoh akademik dan pengamat politik Timur Tengah yang paling layak memberikan pandangan terhadap krisis di Mesir. Wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN dan ARIF ATAN menemubual Dr Redzuan di kediamannya, Sungai Ramal, Kajang, pertengahan Julai lalu.

HARAKAH: Presiden pertama Mesir yang dipilih rakyat dalam satu pilihan raya yang diakui adil dan bebas telah digulingkan hanya selepas setahun berkuasa. Ada pihak melihat dalang di sebaliknya adalah pihak Barat, terutamanya Amerika Syarikat. Sebagai tokoh akademik yang lama mengikuti politik Mesir, termasuk gerakan Ikhwanul Muslimin, tentu Prof lebih arif tentang apa sebenarnya yang berlaku?

REDZUAN: Barat sebenarnya sudah lama merancang untuk bertindak dan menindas gerakan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan pada 1928. Kejayaan Ikhwanul Muslimin mengambil alih kuasa selepas ditindas lebih enam puluh tahun menimbulkan kegusaran, termasuklah juga rejim monarki di negara Arab yang turut merasakan kedudukan mereka akan tergugat jika gerakan Islam ini berjaya mengemukakan alternatif kepada pelbagai kemelut yang dihadapi oleh umat Arab.

Untuk memahami apa yang berlaku di Mesir, kita harus meneliti sejarah yang pernah berlaku sebelum ini. Sejarah penindasan ke atas Ikhwanul Muslimin pada 1948-1954 seolah-olah berulang dengan menggunakan skrip  sama. Contohnya, pada 13 Julai lalu, berita menyiarkan bahawa Morsi akan disiasat kerana dikatakan terlibat dalam kegiatan yang memcetuskan keganasan. Pendukung Ikhwanul Muslimin yang dibunuh dan dianinya, tetapi mereka pula yang dituduh.

Nasib yang sama pernah menimpa Ustaz Abdul Qadir Audah, pemimpin Ikhwanul Muslimin yang tersohor yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 1954 kerana dituduh mencetuskan keganasan dan terlibat dalam komplot cubaan bunuh ke atas Gamal Abd al-Nasser. Bersama-sama beliau yang turut menjalani hukuman gantung, termasuklah Abd al-Fattah Ismail, Muhammad Al-Faghali, Yusof Talaat, Ibrahim al-Tayyeb dan lain-lain.

Pada 1966 Sayyid Qutb dijatuhi hukuman gantung. Bukti yang digunakan dan digembar-gemburkan ialah Ikhwanul Muslimin terlibat dalam kegiatan bersenjata dan pelbagai jenis senjata ditemui di pejabat gerakan tersebut. Ini juga perkara yang dihebohkan oleh tentera Mesir dengan mengatakan bahawa senjata ditemui di ibu pejabat Ikhwanul Muslimin di Moqattam dan penemuan tersebut adalah bagi mengesahkan gerakan ini menaja keganasan dan wajar ditindas.

Tuduhan yang dikenakan ke atas Ikhwanul Muslimin juga hampir sama seperti enam dekad lalu. Bagi mendapat sokongan rakyat tindakan General Abd al-Fattah al-Sisi sama seperti Gamal Abd al-Nasser pada 1954, iaitu mengembleng rakyat menyatakan sokongan kepada beliau melalui Hubbat al-Ahrar (Liberation Rally).

Atas nama sokong kepada regimnya rakyat berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Nasser dan mengutuk Ikhwanul Muslimin. Ini yang dilakukan oleh tentera pada hari ini dengan menaja demonstrasi rakyat bagi menyokong regim dan menolak Ikhwanul Muslimin yang dikatakan antinasional.

Sama seperti kira-kira 60 tahun lalu, tentera tidak ada belas kasihan dan bertindak sewenang-wenang ke atas pendukung Ikhwanul Muslimin termasuk melakukan penindasan kejam. Ternyata penindasan tanpa belas kasihan ini memberi impak yang amat besar kepada Ikhwanul Muslimin.

Tahun 1948-1954 merupakan tahun penuh cabaran kepada Ikhwanul Muslimin. Pada Februari 1949, pengasas dan pemimpinnya, Hasan al-Banna mati ditembak. Sejak itu Ikhwanul Muslimin terus ditindas dan seterusnya diharamkan pada 1954 hinggalah selepas Husni Mubarak diturunkan dari jawatan presiden berikutan berlakunya Kebangkitan Arab pada 2011. Ini bermakna Ikhwanul Muslimin telah diharamkan selama 67 tahun dan ribuan anggotanya pernah dipenjarakan dan puluhan yang lain mati di tali gantung.

Dari segi sejarah, tentera menindas Ikhwanul Muslimin selama hampir enam dekad. Tentera memandang Ikhwanul Muslimin dengan penuh curiga. Dengan menggunakan kekuatan senjata dan kuasa yang dimiliki tentera tidak pernah menunjukkan belas kasihan kepada Ikhwanul Muslimin. Melihat rekod lalu tiada perkara yang boleh menghalang mereka untuk terus berusaha menindas Ikhwanul Muslimin.

Maknaya, apa yang berlaku hari ini mengulangi penindasan kejam terhadap Ikhwanul Muslimin 60 tahun lalu. Apakah mungkin ia mengakibatkan Ikhwan sukar untuk bangkit semula?

Tentera cuba mengulangi pendekatan yang pernah mereka lakukan lebih 60  tahun lalu. Namun begitu, suasana sudah berubah. General Abd al-Fattah al-Sisi tidak sehebat Nasser dan kemajuan dalam teknologi maklumat menjadikan penipuan dan propaganda yang mengelirukan rakyat tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Natijah kepada konflik Ikhwanul Muslimin dan tentera banyak bergantung sejauh mana gerakan Islam ini mampu bertahan. Rekod yang dimiliki Ikhwanul Muslimin menunjukkan gerakan tersebut mempunyai daya tahan yang luar biasa.

Walaupun enam dekad ditindas dengan para pemimpin utamanya ramai mati dibunuh dan penindasan dilakukan secara berterusan, namun Ikhwanul Muslimin masih bersisa dan mampu bangkit. Inilah yang berlaku pada 2011, walaupun ditindas rejim Mubarak, namun mampu muncul sebagai organisasi yang paling tersusun dan memberikan alternatif kepada rakyat.

Walaupun tentera dan kumpulan anti-Ikhwanul akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan pengaruhnya, tetapi suasana 2013 tidak sama seperti 1954. Hari ini Ikhwanul Muslimin mampu membawa jutaan penyokongnya di jalan raya dari seluruh 27 Muhafazah (wilayah) di Mesir.

Namun begitu, situasinya masih sama, iaitu bagi kumpulan anti-Ikhwan yang terdiri daripada penyokong sosialis, nasionalis, liberalis, sekularis dan kelompok tariqat tertentu mereka sanggup mengetepikan perbezaan dan permusuhan sesama mereka semata-mata bagi menentang gerakan Islam ini.

Mengimbau sejarah lalu, Ikhwanul Muslimin yang dizalimi seperti tidak mendapat simpati atau sokongan daripada masyarakat antarabangsa termasuk kalangan kumpulan Islam sendiri. Mengapa terjadi begitu?

Ketika Gamal Abd al-Nasser menjadi Presiden Mesir beliau berjaya menggerakkan jentera propagandanya sehingga menggelap dan menggerhanakan peranan Ikhwanul Muslimin. Pengaruh beliau cukup hebat hingga pelajar Malaysia yang belajar di Universiti al-Azhar, Mesir pada waktu itupun tidak tahu tentang peranan dan sumbangan Ikhwanul dalam memperjuangkan Islam yang syumul.

Nasser yang tampil dengan imej Islam digambarkan sebagai tokoh pemimpin Islam dan tidak hairanlah apabila beliau mati, terdapat madrasah dan kelompok umat Islam di Malaysia menganjurkan solat ghaib sebagai tanpa kasih kepada "pemimpin Islam yang banyak berjasa".

Sentimen anti-Israel yang dilaungkan Nasser menjadikan beliau dikagumi sehingga umat Islam di Malaysia, termasuk mereka yang pernah belajar di Mesir tidak menyedari kezaliman dan penindasannya ke atas Ikhwanul Muslimin. Ini termasuklah apabila Sayyid Qutb dihukum gantung pada 1966, protes hanya disuarakan sekelompok kecil pelajar Malaysia yang belajar di Barat.

Menariknya, kebangkitan Islam di Malaysia pada awal 1970-an bukan digerakkan lulusan Mesir, sebaliknya oleh mereka yang terpengaruh  dengan perjuangan dan pemikiran Ikhwanul Muslimin dalam kalangan pelajar dari universiti tempatan dan mereka yang belajar di Barat.

Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang disebarkan melalui buku-buku tokoh-tokoh Ikhwanul yang tersohor seperti Hasan al-Banna, Abd al-Kader Audah, Sayyid Qutb dan lain-lain. Buku-buku ini pula bukan dalam bahasa Arab tetapi dalam bahasa Inggeris seperti buku Maalim Fit Tariq oleh Sayyid Qutb yang lebih dahulu dibaca dengan judul Milestones.

Merujuk kebangkitan rakyat Mesir tiga tahun lalu untuk menumbangkan regim Hosni Mubarak, ada pendapat mengatakan pada peringkat awal Ikhwanul seperti menjauhkan diri dan tidak terlibat. Boleh prof jelaskan keadaan sebenarnya?


Perkara ini sering dijadikan ungkitan  penggerak gerakan 25 Januari yang memaksa Husni Mubarak meletakkan jawatan. Mereka mengatakan Ikhwanul Muslimin menanguk di air keruh dengan mengambil kesempatan daripada kebangkitan.

Memang ada kebenarannya kerana ketika rakyat mula turun ke jalan raya, pada peringkat awalnya Ikhwanul Muslimin mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Pada awal Februari 2011 barulah Ikhwanul Muslimin turut mengerahkan pengikutnya ikut serta dalam protes yang dilakukan.

Pendekatan Ikhwanul Muslimin yang terpaksa mengambil pendekatan berhati-hati mudah difahami kerana gerakan ini sudah terlalu lama berusaha mengerakkan kebangkitan tetapi gagal mendapat sambutan meluas. Sebaliknya, kebangkitan yang mereka anjurkan berakhir dengan tragedi apabila ada ahlinya yang dihukum berat, dipenjarakan dan harta disita.

Hal yang sama pernah berlaku pada 1952 apabila berlaku kebangkitan rakyat menentang Raja Farouk dan British, Ikhwanul Muslimin tidak berada berada di barisan hadapan dan tidak terlibat secara langsung. Apabila Gamal Abd al-Nasser melancarkan revolusi dan berjaya menggulingkan Raja Farouk, Ikhwanul Muslimin dianggap tidak berperanan memainkan peranan sebenar.

Dengan pelbagai pengalaman itu, sebagai usaha mempelbagaikan pendekatan Ikhwanul Muslimin pernah terlibat secara langsung dalam pilihan raya Mesir. Ikhwanul Muslimin sudah terlibat dengan pilihan raya sejak 1984 lagi, walaupun bukan sebagai sebuah parti yang bertanding menggunakan nama gerakan tersebut. Ia pernah bergabung dengan parti Buruh, Parti Wafd dan bertanding secara bebas.

Kejayaan terbesar Ikhwanul ialah apabila berjaya meraih hampir 25 peratus undi dalam pilihan raya Mesir tahun 2007. Namun begitu, kejayaan besar ini bukan memberikan manfaat kepada Ikhwanul Muslimin, sebaliknya gerakan Islam ini semakin ditindas. Penindasan yang berterusan ini mendorong lahirnya dua kelompok kepimpinan dalam Ikhwanul Muslimin.
Kumpulan konservatif merasakan Ikhwanul Muslimin perlu kembali fungsinya yang asal iaitu menumpukan kepada dakwah dan tarbiyyah dan tidak terlibat dalam politik bagi memastikan survival gerakan yang tidak putus-putus ditindas. Kumpulan reformis pula mencadangkan Ikhwanul Muslimin perlu melakukan trasformasi dan mengikut contoh AKP di Turki bagi membolehkan perubahan dilakukan di Mesir.

Dalam muktamar Ikhwanul Muslimin pada 2010, kumpulan konservatif yang diketuai Badaei berjaya menguasai kelompok kepimpinan gerakan Islam itu dengan mengetepikan kumpulan reformis yang diketuai Essam al-Erian.

Bagaimana pula dengan pembabitan Ikhwanul dalam proses pemilihan ahli-ahli Parlimen dan jawatan Presiden Mesir?

Sebagai kumpulan yang dianggap paling tersusun, Ikhwanul Muslimin ternyata lebih bersedia menghadapi pilihan raya dan berjaya memperoleh kemenangan dalam pilihan raya  tahun 2012. Setelah berjaya mendapat kemenangan yang amat memberansangkan dalam pilihan raya parlimen, Ikhwanul Muslimin memutuskan untuk bertanding merebut jawatan presiden.
Pada peringkat awal Ikhwanul Muslimin secara tegas menyatakan mereka tidak berminat dengan jawatan itu. Apabila seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, iaitu Moneim Abd al-Futuh menyatakan beliau berhasrat bertanding jawatan presiden, beliau dipecat kerana mengingkari keputusan syura.

Apabila Ikhwanul Muslimin memutuskan untuk merebut jawatan presiden, calon mereka ialah Khayrat Shater. Namun  begitu, kelayakan beliau untuk bertanding dibatalkan kerana pernah ditahan di bawah pemerintahan Husni Mubarak. Sebagai gantian Muhammad Morsi dipilih sebagai calon. Hal yang sama juga berlaku kepada calon Parti Nour, iaitu, Hazem Abu Ismail yang tidak layak bertanding.

Akhirnya Morsi yang bertanding menentang mantan Perdana Menteri Mesir di zaman Mubarak, iaitu Ahmad Syafiq. Morsi menang dengan 51 peratus undi, walaupun peratus yang keluar mengundi sekitar 32 peratus sahaja. Morsi merupakan Presiden Mesir yang dilantik secara demokratik.

Soalnya, walaupun bertanding menentang Syafiq, yang dikira mewarisi Husni Mubarak, tetapi Morsi hanya mendapat sekitar 52 peratus, tidakkah itu boleh dianggap sokongan yang berbelah-bagi?

Walaupun Morsi hanya mendapat 52 peratus undi, namun sebagai pilihan raya yang diiktiraf adil, telus dan bebas, beliau dikira mendapat sokongan majoriti. Jumlah yang keluar mengundi sebanyak 32 peratus juga tidak boleh dijadikan alasan bahawa beliau tidak mendapat legitimasi kerana Husni Mubarak menang pilihan raya dan dilantik sebagai presiden dengan kadar keluar mengundi sekitar 10 peratus sahaja.

Disebabkan rakyat tidak yakin dengan pilihan raya, kerana sudah pasti Husni Mubarak akan menang besar menyebabkan rakyat tidak ambil kisah untuk keluar mengundi. Lagipun di Mesir pilihan raya mengambil masa yang panjang. Pilihan raya Mesir yang melibatkan 27 wilayah mengambil masa selama tiga bulan untuk selesai. Pengundian pula dibahagikan kepada tiga peringkat dengan setiap peringkat melibatkan sembilan wilayah.

Pilihan raya Mesir selepas kejatuhan Mubarak dianggap telus, adil dan bebas kerana dipantau hakim. Parti-parti yang bertanding menggunakan pelbagai pendekatan untuk memenangi hati pengundi. Sebagai pertubuhan yang mempunyai jentera di seluruh negara Ikhwanul Muslimin berjaya menggerakkan penyokongnya untuk ke peti undi dan menyokong partinya.

Selain Parti Nour, hanya Parti al-Karamah yang dipimpin Hamden Sabahi yang mampu memberi saingan. Beliau seorang yang berfahaman sosialis dan pengikut Nasser yang setia. Beliau menggunakan bas dua tingkat sebagai pendekatan kempen untuk membolehnya menjelajah ke seluruh negara. Pendekatannya ternyata berkesan apabila berjaya menduduki tempat ketiga dalam pemilihan jawatan presiden. Hamden Sabbahi merupakan salah seorang pemimpin Tamarrod yang bersekongkol dengan tentera dan kumpulam sekular dalam menjatuhkan kerajaan pimpinan Morsi.

Sejarah Ikhwanul menunjukkan ia turut berpecah membabitkan kepemimpinan tertinggi setiap kali berlaku peristiwa besar dalam politik Mesir. Apakah kali ini juga berlaku hal sama?

Ikhwanul gagal menyatukan perpecahan apabila ada pemimpin pertubuhan itu bertindak keluar kerana perbezaan dari segi pendekatan. Dakwaan cubaan Morsi untuk "mengIkhwanulkan" Mesir pula tidak lebih propaganda yang sengaja ditiupkan. Morsi cuba untuk buat yang terbaik tetapi malangnya dia mewarisi suatu sistem yang sesiapa pun tidak boleh pegang. Tumbangnya Morsi minggu lepas, Qatar dan Arab Saudi beri USD12 bilion masuk ke Mesir sebagai bantuan 'soft loan'. Raja Abdullah ucap tahniah kepada tentera.

Morsi juga mendapat krikan keras daripada sebahagian aktivis Ikhwanul?

Terdapat dalam kalangan golongan Islamis yang menuduh Morsi terlalu berlembut dan bersikap liberal kerana tidak tegas laksanakan undang-undang syariah. Pihak sekular pula menolak Morsi kerana dikatakan cuba mengikwankan Mesir. Pemerintahan Morsi depan serangan pelbagai penjuru dan keadaan ini dipersulitkan lagi dengan keadaan ekonomi yang semakin parah sehingga menimbulkan kesulitan kepada rakyat.

Politik Mesir tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh dan pembabitan proaktif pihak tentera...

Tentera Mesir bukan sahaja terlibat dalam menjaga keselamatan. Mereka juga terlibat dalam pentadbiran dan menguasai ekonomi. Apabila tentera tidak menyokong Mubarak beliau terpaksa meletak jawatan. Morsi juga dijatuhkan oleh tentera. Ini bermakna selepas ini sesiapa sahaja boleh tumbangkan oleh tentera. Tentera Mesir merupakan golongan elit dan kenaikan Mursi dilihat berisiko menggugat dominasi mereka.

Permusuhan Ikhwanul Muslimin dan tentera telah berakar umbi berdekad-dekad lamanya. Dengan sebab itu apabila apabila Amerika Syarikat menyeru kepada pendemokrasian di Mesir, jawapan Husni Mubarak ialah, “Kalau saya (Mubarak) jatuh, Ikhwanul akan berkuasa”. Bila Ikhwanul Muslimin berkuasa Amerika Syarikat amat khuatir dengan perkembangan ini.
Selain berdepan  Mubarak dan AS, Ikhwanul Muslimin juga bertembung dengan kumpulan lain. Mereka termasuklah kumpulan Salafi yang dibiayai Arab Saudi yang berfahaman Wahabi. Ketika zaman Mubarak, beliau menggalakkan kumpulan Tarikaq yang tidak menyokong gerakan Islam. Ini merupakan pendekatan halus bagi melemahkan Ikhwanul Muslimin. Walaupun golongan sekular juga berpecah kepada pelbagai kumpulan tetapi mereka bersatu menentang Ikhwanul Muslimin.

Boleh Prof jelaskan kedudukan dan pengaruh pertubuhan dan parti-parti politik Islam di Mesir?

Ketika mula berlakunya kebangkitan rakyat Mesir kumpulan Nour mengeluarkan fatwa haram hukumnya menentang Mubarak. Namun begitu, apabila Mubarak jatuh kumpulan ini menyokong kebangkitan rakyat. Dalam konteks politik Mesir, kumpulan Nour merupakan kumpulan Islam yang kedua berpengaruh selepas Ikhwanul Muslimin.

Morsi dilihat terlalu berbaik sangka dengan pihak tentera, yang akhirnya menikam balik dirinya.

Morsi tidak mempunyai banyak pilihan. Dalam pentadbiran Morsi mengambil pendekatan terbuka, termasuklah melantik dalam kalangan orang Kristian dan bukan ahli Ikhwanul Muslimin dalam pentadbirannya. Morsi cuba melakukan pelbagai perubahan dalam tempoh 100 hari pemerintahannya, tetapi amat sukar untuk sesiapa sahaja yang memerintah Mesir melakukan perubahan secara drastik.

Morsi mewarisi sistem ekonomi yang lemah dan sistem sosial yang tidak mantap. Ikhwanul Muslimin cuba bersikap baik dengan tentera seperti pada tahun 1952, tetapi tentera tidak pernah bersangka baik dengan Ikhwanul.

Prof juga banyak mengkaji dan menikuti dari dekat lanskap politik di Turki. Mungkin ada persamaan di antara kedua-dua negara ini dan apakah pengalaman berharga yang dilalui Erdogan dan partinya yang mungkin boleh dikongsi dengan realiti di Mesir?

Cubaan untuk mempraktikkan politik Islam di Mesir nampaknya lebih sukar berbanding Turki yang tebal dengan amalan sekularisme. Walaupun demikian di Turki terdapat dua parti sekular iaitu Republikan dan Demokrat.

Walaupun kedua-dua parti berfahaman sekular, namun tidak ada titik pertemuan di antara kedua-duanya, dan malahan lebih bersedia untuk bekerjasama dengan parti Islam daripada berpakat sesama mereka. Akhirnya parti Islam itu berjaya memerintah seperti yang berlaku pada 1996 apabila Parti Refah berjaya membentuk kerajaan walaupun dengan sokongan 21 peratus undi sahaja.

Ada pihak bimbang Mesir mungkin mengulangi tragedi berdarah di Syria yang tidak berpenghujung...

Tidak dapat dinafikan terdapat kebimbangan ini. Namun begitu, situasi di Syria agak berbeza kerana di Mesir masyarakatnya tidak terbahagi kepada puak. Kekhuatiran yang lebih besar ialah Mesir akan kembali kepada zaman 1970-an dan 1980-an apabila kumpulan Islam mengambil pendekatan bersenjata sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang tiada penghujung.

Bagi pendukung gerakan Islam termasuk Ikhwanul Muslimin kemungkinan untuk terjerumus kepada pendekatan ini tidak boleh ditolak apabila mereka ditindas tanpa belas kasihan. Bagi Ikhwanul Muslimin pengalaman sejarah mengajar mereka untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Dalam kemelut yang berlaku sama ada mereka menang atau pasti ditindas secara berterusan sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Pengalaman di Algeria juga merupakan iktibar yang amat menjadi keprihatinan kepada aktivis Ikhwanul Muslimin apabila demokrasi yang diwujudkan di negara tersebut menghalang FIS daripada terlibat dalam politik dan bertanding dalam pilihan raya. Pendekatan tentera dan kumpulan sekular hari ini menjurus ke arah tersebut yang berusaha menyisih Ikhwanul Muslimin daripada berperanan dalam proses politik di Mesir.

Realiti hari ini menunjukkan Ikhwanul Muslimin berdepan  cabaran hebat untuk menentukan survival masa depannya. Penentuan masa depannya amat bergantung kepada sejauh mana ia  dapat terus bertahan dan konsisten dalam perjuangan serta dengan strategi yang lebih baik daripada pihak lain yang menjadi musuh politiknya.

Ikhwanul Muslimin bukan sahaja berdepan musuh politik dalam negeri, tetapi juga daripada AS dan Israel yang mempunyai kepentingan dan tidak mahu melihat gerakan Islam ini berpengaruh. Walaupun AS menjuarai demokrasi, tetapi negara kuasa besar itu bersifat hipokrit dalam isu pergolakan politik di Mesir yang menyebabkan Morsi dilucutkan jawatan. AS dan negara barat tidak bersuara lantang apabila tentera “merampas kuasa” di Mesir, tetapi memprotes apabila berlakunya rampasan kuasa di Fiji, Maldive dan lain-lain.

Anehnya, rampasan kuasa di Mesir bukannya dikutuk, tetapi sebaliknya dijanjikan dengan bantuan kewangan. Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang merupakan sekutu kuat AS dan amat khuatir dengan perluasan pengaruh Ikhwanul Muslimin menjanjikan bantuan sebanyak USD 12 billion kepada Mesir sebaik-baik sahaja Morsi dilucutkan jawatan oleh tentera.

Perkembangan di Mesir memperlihatkan manifestasi sikap “double standard” Barat terhadap Islam. Walaupun Morsi dilantik secara demokrasi, tetapi cara beliau diturunkan tidak bersifat demokratik.

Jika demonstrasi jalanan dijadikan tanda aras bagi mengukur populariti bukannya melalui sokongan peti undi, demokrasi di Mesir bukan maju ke hadapan. Sebaliknya, Mesir masih terus berada pada zaman gelap seperti rejim-rejim lalu dan hasrat generasi muda negara itu untuk mewujudkan masyarat yang mampu bersaing dengan negara lain akan terus tinggal impian semata-mata.

Tulisan ini telah dipetik dari laman web Harakahdaily.