(NOTA: Para pembaca diingatkan bahawa kisah ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang mati. Watak dan nama yang adalah secara kebetulan sahaja. Tulisan ini adalah imiginasi penulis semata-mata. Harap maklum)
Hari itu awan mendung kelabu. Namun tiada pula tanda-tanda rintik hujan akan turun. Di kejauhan sayup-sayup mata memandang dapat Hutami lihat cahaya senja yang semakin galak bersinar. Dahulu ketika kecil ramai yang menyuruh segera balik ke rumah kerana katanya ketika fajar tenggelam "momok" akan keluar. Hutami masih duduk termenung memikir nasib diri. Sudah banyak air mata yang mengalir dari rongga mata ini. Entah bila agaknya episod seperti ini akan berakhir. Perkara ini bermula sejak seorang kawan cuba masuk dalam hidup Hutami. Namanya Berguna. Gara-gara Berguna lah akhir seluruh kerabat Hutami berpencak silat menghembus jampi terus mendesak agar Hutami menurut aturcara mereka. Masih tergiang-giang linguistik kakak " kau mesti kahwin tahun ini juga". Hutami bingung memikirkan hal ini dan kadang rasa kecil hati bagai menusuk-nusuk hati Hutami yang telah hancur berderai. Namun begitu semua dapat Hutami lalui dengan sabar walaupun kadang-kadang jantung ini macam mahu terbarai bila keluarga berbicara soal kahwin. Malas dan benci untuk membicarakanya. Adakalanya Hutami merasakan takut untuk semua itu tapi bila difikirkannya sekali lagi sebenarnya "Aku penakut" kata detik hati Hutami.

Malam itu Hutami menangis. Mengadu pada Allah agar semua yang datang padanya dapat dia lalui dengan damai. Hanya Allah yang memahami hati dan perasaannya. Kesedihan dalam hatinya terus menodai air matanya yang berjurai-jurai mengalir membasahi pipi. Umpama ban pecah di Sungai Sireh. Atau mungkin tragedi empangan pecah di Kuala Kubu hingga nama itu dinamakan kini Ampang Pecah. Baginya apa yang datang acap kali ini adalah aturcara Allah yang terbaik untuknya. Fikirannya melayang terkenang apa yang terjadi petang ini. Petang tadi datang seseorang yang agak Hutami kenal. Agak berumur dan akan pencen tidak lama lagi. Kata-katanya yang penuh niat seperti dentuman meriam buluh ketika hari raya di malam yang sunyi membuatkan hati Hutami marah bergantang-gantang. Tidak disangkanya usikan selama ini rupa-rupanya satu kiasan. Malam itu Hutami menangis sepuas-puasnya dan sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan air mata sebagai teman setia yang setia.
Ada terlalu banyak rahsia yang Hutami simpan kemas dalam hatinya. Paling kemas disimpan adalah kisah cintanya. Walaupun ia cuba untuk lontarkan jauh-jauh kenangan itu. Tetapi tanpa Hutami sedari sebenarnya kenangan itulah yang menjadi penjara padanya. Penjara janji itulah ungkapan yang paling tepat. Terlalu sakit untuk memikirkan setiap kali kenangan itu datang. Maka sering kali kenangan itu datang ia bagai merobek masa depan Hutami. Hanya Hutami yang tahu apakah rahsia yang menyebabkan dia sangat rasa terkilan. Rahsia yang menyebabkan Hutami tidak mahu bercerita soal kahwin. Walaupun di sudut hatinya jauh masih lagi dia terkenang dengan kenangan yang bahagia itu. Oh Alangkah bahagianya detik itu dengus Hutami. Kalau boleh diundurkan masa mahu saja dia terus menggilai saat itu atau kadang-kadang menyesal juga kerana masuk dunia yang lebih banyak kepalsuan dari kebenaran. Tetapi Hutami reda inilah takdirnya hidup ini.
Hutami masih lagi termenung petang itu. Banyak perkara yang terus menjadi persoalan dalam dirinya. Kali ini dia mula berfikir. Fikiran kusut kerana takut semakin dia lari isu ini semakin pula dia dikejar olehnya. Semakin dia cuba untuk tidak memikirkannya semakin dia merasakan dia menipu dirinya sendiri. Bukan seorang yang datang tetapi berbondong-bondong. Tidak kira usia tua atau muda, tidak kira kaya atau miskin, tidak kira warga gomen atau swasta semuanya cuba menjadi calon-calon untuk Hutami. Petang itu juga dari jendela hotel dia menikmati pemandangan matahari terbenam sebagai terapi dalam mengubat kegundahan yang mengundahkan itu. Semoga bumi Mahsuri akan berkongsi semanngat untuknya terus berlari walaupun dia tahu lariannya semakin perlahan dan mungkin dia akan tersungkur.
Sarahpulanam. Itulah nama sahabat Hutami. Namanya bak ahli sihir dalam cerita Harry Potter. Memang kadang-kadang Sarah dirasakan agak seperti ahli sihir. Gerak mata dan katanya yang tajam menikam sering saja dapat membaca isi hati Hutami. Sering saja Sarah dapat membaca isi hati Hutami setiap kali dia bersua dengannya. Tetapi Sarah seorang yang ada prinsip. Segala luah rasa Hutami disimpannya juga tanpa ada hebahan. Dia sebenarnya tahu Hutami adalah susuk penakut melihat masa depannya sendiri. Sarah tahu Hutami tidaklah sekuat mana cuma berbekalkan kekuatan emosinya Hutami terus menggagahkan dirinya menghadapi takdirnya. Mereka tidak pernah berkecil hati apalagi bergaduh. Kalau ada pun sekali ketika Hutimah menyerahkan kuih milik Sarah kepada orang lain. Kalau pun kuih itu Hutimah yang membikinnya, janjinya untuk diberi kepada Sarah tidak ditunaikannya. Kempunan Sarah rasa ketika itu. Nasib baik Bukit Batu Belah Batu Bertangkup sudah ditarah oleh algojo kapitalis kalau tidak mahu saja Sarah lari ke sana. Itulah cerita Sarah.
Satu hari datang seorang kenalan Sarah bercerita tentang hajatnya. Namanya Muntik. Bercerita tentang niat. Berkisah tentang mimpinya. Bersayugia dengan hasrat di hati yang lama terpendam. Hasrat suci membina pelangi rumahtangga. Berhasrat menambah umat Nabi Muhammad SAW. Berhasrat menambah daya usaha untuk hidup dengan tumbuhnya tanggungan baru. Insan yang teringat kisah Abi Darda' yang ketika nazaknya berkata "kahwinkan aku, kahwinkan aku, kahwinkan aku..aku malu bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak berkahwin". Inilah niat suci insan itu. Agar dia menjadi hamba yang diredai Allah. Kerana pernikahan itu adalah Sunnah. Sunnah yang membawanya ke Jannah yang menjadi idaman semua. Hasratnya ialah untuk masuk ke dalam ruang hidup Hutami. Hutami yang muncul dalam mimpinya berkali-kali.
Sarah tidak memberitahu hasrat itu pada Hutami. Baginya biarlah Muntik berusaha sendiri. Kerana dia tahu siapa Hutami memang tidak gemar dengan berita ini. Sarah tahu jika berita ini sampai tentu Hutami mengimbas kisah lalu dan natijahnya memang telah dapat dijangka. Ironinya kenapa agaknya sering kali ada hamba Allah cuba merapati Hutami, saat itu juga hati Hutami berkata apakah masih boleh dipakai ungkapan 'perigi cari timba' di zaman ini. Tetapi entah bagaimana hasrat Muntik telah sampai kepengetahuan Hutami pada suatu malam. Akibatnya Hutami umpama kena demam denggi. Malam itu dia tidak lena tidur. Pagi itu ketika perjalanan ke lubuk rezeki air matanya berjurai lagi. Malah lebih hebat lagi. Seperti orang terkena gas pemedih mata FRU dalam Bersih 3.0. Amat pedih mata yang terkena gas itu hingga bertabur air mata dan 'umbel' (kata orang jawa) meleleh tanpa dapat dikawal. Hingga pedal kenderaan Hutami basah pagi itu. Cepat-cepat dilapnya dengan baju agar tiada siapa yang terpegang umbel itu di pedalnya. Tidak!!! ini tidak mungkin. Ini semua mengarut kata hati Hutami. Mana mungkin ini boleh terjadi. Tidak..aku tidak percaya getus hati Hutami. Sepanjang perjalanan pagi itu Hutami menangis hinggakan tanpa disedarinya dia sudah sampai ke lubuk rezekinya. Cepat-cepat dia mengesat sebarang cecair yang melewati di segenap pipi dan hidungnya. Pagi itu dia tersenyum pahit di depan seorang abang haji yang akan pencen itu. kah kah kah...
Perjalanan pulang dari Negeri Pulau Dayang Bunting agak panjang lamunan Hutami kali ini. Sejak mengetahui hasrat Muntik dia jadi kelu dan kadang-kadang bebal sedikit. Setakat ini Hutami masih gagal membendung hatinya yang kini rabak dan hancur luluh. Rahsia besar dalam hidupnya masih menghantuinya. Rahsia itu sentiasa mengekorinya seperti Saka yang datang yang mencari warisnya. Rahsia itu terus melukis gambar kehidupannya. Namun ada kesedaran dalam dirinya kini. Dia tahu demi Islam dia mesti berkahwin. Demi Iman dia mesti bernikah. Demi dakwah dia mesti berijab kabul. Demi Sunnah dia mesti bersunnah untuk menyusun ummah. Demi maruah juga dia tahu betapa mestinya dia mencari cermin hidupnya sendiri. Tetapi Hutami tidak tahu apakah kali ini dia akan menerimanya. Dia masih ingat kata Sarahpulanam " Cubalah, Jangan Jadi Penakut, Beri Peluang pada Diri Sendiri..Kalau pun mungkin Untuk 3 Hari". Ya walaupun untuk 3 hari sekurang-kurang aku pernah mencuba itulah yang yang Hutimah fikirkan. Muntik sedang menunggu jawapan. Jawapan yang timbangnya agak tidak seimbang. Tetapi di dunia Allah yang punya. Kalau Kun Faya Kun maka jadilah dia. Saat itu Hutimah tidak akan berdaya menahannya lagi. Saat itu dia pasti akan rasa bahagia.
Bas terus meluncur laju selaju fikiran Hutimah yang mengelamun hinggalah dia teringat dia rupa-rupanya dia terlupa membeli coklat Daim hadiah untuk Sarahpulanam.
“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

No comments:
Post a Comment