"Daging
dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai
kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang
berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang
itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat
petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang
sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (Surah Aj-Hajj ayat 37)
Ketika tulisan ini dicoret hanya tinggal beberapa hari mereka yang menjadi tetamu Allah akan berwukuf di Arafah. Antara simbolik wukuf ini ialah inilah bayangan ketika berada di padang Mahsyar nanti. Ibadah haji adalah ibadah yang memerlukan pengorbanan dalam melaluinya samaada pengorbanan dari segi material apatah lagi pengorbanan jiwa ia adalah syarat untuk kita menunaikan Rukun Islam ke 5 ini. Itulah Islam sentiasa mengajar umatnya agar sentiasa merasakan dirinya sebagai hamba. Maka sudah tentu perasan kehambaan pada Allah inilah maka kita akan menjadi manusia yang manusia.
Sejarah asal ibadah Haji ini adalah sangat berkait rapat dengan sirah perjalanan Nabi Ibrahim A.S dan ahli keluarganya dalam menjalankan ketaatannya kepada Allah. Betapa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S tidak ternilai harganya. Kesimpulannya Nabi Ibrahim A.S sangat berjaya dalam ketaatanya kepada Allah SWT tanpa banyak soal bicara dengan segala perintah dari Yang Maha Esa. Hari Raya Ediladha yang datang sebenarnya jika dihayati dan amat-mati terdapat di dalamnya falsafah pengorbanan yang menjadi penentu kejayaan kepada umat Islam. Dalam berjuang pengorbanan adalah salah satu syarat penting untuk menentukan kejayaan dalam perjuangan itu. Tanpa pengorbanan tiadalah kejayaan. Kejayaan dan pengorbanan adalah sama penting dalam menyusun selekoh tajam dalam menempuh mehnah kehidupan ini. Sebab itu bila semakin difikir pengorbanan itu sangat misteri sifatnya. Ia tidak dapat dimatematikkan dengan akal. Tetapi impak pengorbanan itu adalah sunnah untuk mencari kemenangan. Sebab itu juga acara wajib untuk para Nabi dan Rasul dalam kehidupan mereka adalah sikap mereka itu yang berkorban jiwa raga dalam misi kerasulannya.
Pengorbanan Isteri Nabi Ibrahim yang dibawa dari Palestin untuk berpindah ke Mekah yang kering kontang atas perintah Allah jika difikir secara logik pasti kita menemui kebuntuan jawapannya. Bayangkan ketika menanti kelahiran anak setelah berumur 90 tahun Nabi Ibrahim A.S diperintah pula untuk berpisah dengan isteri dan anaknya Nabi Ismail A.S agar di bawa serta berpindah ke suatu tempat yang tidak diketahui keadaannya di sana. Tetapi oleh kerana itu merupakan perintah Allah maka iala telah dilaksanakan tanpa ada tawar menawar seperti yang selalu kita fikirkan dan lakukan. Perpisahan isteri dan anak dengan suami berjalan sayu. Walupun ia diiringi dengan hujanan air mata, Nabi Ibrahim A.S tidak pernah mengeluh dengan ketaatan ini walaupun Baginda mungkin tahu bahawa mungkin ini adalah pertemuan terakhir untuknya. Antara kata-kata yang menyentuh hati Nabi Ibrahim A.S kepada Siti Hajar disaat berlakunya perpisahan ialah :

"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya,
percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah
aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan
menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan
wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang
diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar
bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa
perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu
untuk selamanya, insya-Allah."
Kisah Nabi Ismail A.S yang menangis kehausan adalah satu kisah yang menyayat hati jika kita menghayatinya. Air mata pasti tertumpah kalau kita mengenang Siti Hajar berlari dari Safa ke Marwah mencari air untuk Nabi Ismail A.S. Bukan sekali dia berulang alik tetapi 7 kali dengan penuh harapan agar bertemu dengan sumber air. Inilah pengorbanan seorang isteri dan sebagai seorang ibu. Apakah kita ada melalui saat getir ini. Sebab itu dipesankan kepada para ibu jika pun anak-anak kita menangis kerana kuat menyusu, usahlah kita mengeluh kerana pengorbanan itu adalah sesuatu yang misteri yang membahagiakan. Jadikan kisah Siti Hajar ini sumber inspirasi kita ketika Eduladha yang datang kali ini.
Dalam berhikayat soal perjuangan mestilah kita mempunyai sikap pengorbanan yang tinggi dan istiqamah. Suami mesti berkorban melayan karenah isterinya. Isteri pula mesti berkorban masa, jiwa dan raga untuk keluarganya. Para pemimpin mesti berkorban untuk rakyatnya. Rakyat pula mesti berkorban untuk negaranya. Orang muda mesti berkorban masa untuk mencari ilmu dalam hidupnya. Orang tua pula berkorbanlah ruang hidupnya bersama orang muda untuk berkerjasama. Para pejuang Islam di setiap lapangan mesti ada jiwa berkorban itulah rahsia kejayaan Islam membina tamadun. Jalan telah ditunjuk Nabi dan Rasul walupun mungkin pengorbanan itu misteri buat kita tetapi percayalah pengorbanan itu kehidupan dan kehidupan itu adalah pengorbanan. Pengorbanan yang suci dan abadi ialah apabila kita berkorban untuk Islam serta pengorbanan itu mesti modalnya keikhlasan. Baru pengorbanan itu nanti balasannya syurga yang kekal abadi. Amin..

No comments:
Post a Comment