Ramai dikalangan kita sekarang mungkin berada dalam keadaan yang landa kesedihan. Kesedihan yang datang sebenarnya sangat rapat dengan ujian dalam hidup kita. Ujian itu bakal menentukan sama ada kita ini beriman atau tidak. Bakal menentukan kita matang atau tidak. Akan menentukan kita ini disayangi Allah atau tidak. Kesedihan juga bakal menjadikan kita menjadi tawaduk kerana hebat mana pun kita Allah juga Yang Maha Perkasa yang menganugerahkan sedih untuk menjadikan manusia yang benar-benar manusia. Sebab orang yang sering bersedih sering saja akan mendapat pertolongan Allah itupun jika ia tidak menjadikan kesedihan yang melanda sebagai derita tetapi sentiasa bersangka baik inilah jalan-jalan mencari bahagia. Itulah cara Rasullullah menangani kesedihan yang sentiasa membadai dalam sejarah hidupnya. Sebab itulah Rasulullah sentiasa menjadi contoh terbaik bagaimana untuk berhadapan dalam kesedihan itu. Ramai yang mendakwa itu Nabi mestilah boleh menangani kesedihan yang datang. Tetapi eloklah kita bertanya apakah sama ujian yang melanda kita dengan Baginda Rasulullah. Jawapan mestilah tidak. Kerana Rasulullah itu adalah ikutan yang terbaik bukan saja kepada manusia tetapi semua makhluk di langit dan di bumi. Jadi ujian hidupnya mestilah yang Ululazmi jawapnya..
Pelbagai sebab orang bersedih. Ada yang bersedih kerana gagal dalam pencarian hidupnya. Ada yang bersedih kerana dimarahi sesiapa. Ada yang bersedih mengenang kenapa hidupnya susah begini. Ada juga yang bersedih kerana kekasih cabut lari. Ada juga yang bersedih kerana dimarahi isteri. Ada yang sedih dicurangi suami. Ada juga yang bersedih apabila niat dihati dihalangi acap kali. Ada juga yang bersedih kerana dikianati. Ada juga yang bersedih apabila hasrat suci hati langsung tidak beri peluang oleh insani..Apa pun sebab kita bersedih janganlah sampai ia memakan diri sendiri. Kesedihan itu mesti ditangani dengan cara yang bijak sekali. Kerana bila sedih memerangkap diri yang ada dan tinggal nanti hanya sakit hati. Kesedihan itu sebenarnya bahagia yang malu-malu hendak muncul dalam hidup ini. Tidak percaya tanya Dr.Aid Al-Qarni. Ingatlah kata-katanya yang menyentuh hati "La Tahzan"..
( Jejaka Cool bersama sahabatnya...apakah ada kesedihan tahun ini untuk dia)
( Jejaka Cool bersama sahabat2nya...mereka ini bahagia selepas sedih)
No comments:
Post a Comment