Monday, 1 October 2012

Ya Allah Tunjukkanlah Kebenaran Ini

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah seseorang di antara kamu melamar seseorang yang sedang dilamar (bertunang) saudaranya, hingga pelamar pertama meninggalkan atau mengizinkannya.” (Muttafaq Alaihi)

 Apa yang aku ingin nukilkan pada kali ini bukanlah aku berniat untuk memburukkan sesiapa. Aku sebenarnya tidak mahu terlibat dengan gossip panas kerana bulan oktober biasanya aku akan sakit. Biasanya agak teruk juga sakit demamku pada setiap kali bulan oktober muncul. Ini lumrah biasa dalam hidupku..Aku pun tak tahu sebenarnya ini adalah kebetulan atau suratan. 2011 aku terlantar seminggu di atas tilam pada bulan oktober ini. Isteriku ketika itu sudah menangis apabila aku bergurau dengannya bahawa hidupku mungkin tidak akan lama kerana sakit ketika itu. Tidak hairanlah juga setiap kali bulan oktober ibuku selalu menghubungi aku bertanya khabar..Ini kerana mungkin ibuku memang perasan setiap oktober aku akan sakit. Sakit itu selalu mengingatkan aku bahawa dosaku pasti diampunkan. Tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan. Apa yang aku ingin kisahkan ialah kisah seorang sahabat yang mutaakhirin ini ku lihat dia telah berubah wajah. Bukan wajah fizikalnya tetapi rupa wataknya. Aku bukanlah nak menyibuk apa yang berlaku tetapi aku telah terheret dengan langkah kontrovesi mamat ini. Secara peribadi aku memang tidak menyukai atau lebih tepat lagi tidak berapa setuju keputusan dia untuk mengahwini gadis itu. Ye gadis yang sangat kontrovesi bagiku. Di dalam Islam terdapat satu bab yang mesti diberi perhatian dalam memilih jodoh. Ia dinamakan sebagai Kufu. Sekufu bermaksud setaraf. Setiap pasangan hendaklah mencari pasangan yang sekufu. Kegagalan menyelami taraf kufu seseorang, adakala pilihan yang dibuat bukanlah pilihan walaupun mungkin gadis itu bergelar "ustazah Pilihan"..
Secara peribadi juga aku katakan sahabat aku itu kalau benarlah itu pilihannya sendiri maka bolehlah aku katakan bahawa dia sedang berada dalam krisis ataupun tindakannya adalah seolah-olah seorang yang berada dipersimpangan ganas bayangan nafsunya. Nafsu yang menguasai jiwanya bakal memantulkan tindakan yang diluar jangka. Tindakan luar jangka inilah akhirnya menjadi fitnah. Fitnah lebih besar boleh berlaku jika yang melakukannya ialah mereka yang bergelar ustaz dan ustazah. Ini kerana mereka yang menjadi mangsa bakal menjadi ini semua untuk membaling "paku buah keras" bahawa para ustaz dan ustazah ini adalah golongan yang tidak boleh dipercayai walaupun sebenarnya jika diperhalusi ustaz dan ustazah juga ada nafsu dan syaitan yang mesti mereka tangani. Nafsu itu selalu pergi memburu dunia yang kadang-kadang kerana sibuk memburu dunia kita terleka dan tidak sedar bahawa kita telah memasuki zon nafsu yang menggila yang akhirnya kita bertindak seperti orang gila. Gila jika putus tunang tanpa sebab..bukan itu saja malah bukan saja orang putus cinta boleh gila apatah lagi kalau orang itu putus tunang lebih lagi boleh gila. Gila itu lebih menampakkan gila apabila kegilaan yang dibuat itu terlalu gila lagi menggilakan. Adalah gila juga apabila membuat keputusan hidup untuk menjadi gila. Aku juga terfikir apakah yang sedang berlaku ini adalah kafarah kerana kegilaan yang sahabatku buat selama ini. Aku berdoa pada Allah moga-moga kebenaran dapat ditunjukkan kerana aku sangat rasa bersalah dengan keterlibatan aku dalam episod hidup sahabatku ini. Bukan itu saja aku juga mohon Allah hindarkan diriku dengan fitnah ini. Aku tidak sesekali tidak akan menyesal dengan apa yang berlaku tetapi aku sungguh kesal jika apa yang aku fikirkan kini akan berlaku kepada sahabatku itu nanti...Ya Allah Ampunkanlah dosa-dosaku...


Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.

No comments:

Post a Comment