Tuesday, 2 October 2012

Nak Beritahu Fitnah itu Dosanya Besar...Betulkan Zanah?

" Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). " Surah al-Nur Ayat 11..


Fitnah adalah fenomena purba yang terus menjalar dalam kehidupan manusia. Secara fitrahnya manusia agak mudah menabur fitnah dan fitnah memang mudah pula diterima oleh semua. Ayat di atas merakam bagaimana sejarah fitnah turut berlaku di zaman Rasulullah SAW. Malah hampir berlaku penceraian antara Baginda dengan Aisyah hingga turunlah ayat ini menafikan fitnah yang dibuat dengan lidah yang tajam oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Ini ada tragedi fitnah yang sangat menyakit dan menyedihkan oleh Aisyah. Bukan saja menjadi mangsa fitnah malah menjadi mangsa pemulauan yang sangat dahsyat ditanggung oleh Aisyah. Begitulah resam orang di fitnah. Memang kita semua mudah percaya dengan cerita fitnah apatah lagi cerita akan diselang seli dengan tokok tambah yang mengiurkan nafsu untuk terus mengikuti perkembangannya. Malah cerita yang paling tinggi 'ratingnya' dalam dunia ialah kisah umpat keji, adu domba yang berakhir dengan fitnah durjana. Fitnah memang mudah tersebar kerana ia adalah menjaja maruah orang tanpa haknya. Perkara ini malah lebih pantas mereka dengan wujudnya media baru seperti facebook. Teknologi superimpose dan pelbagai teknik menindih gambar serta video sering jadi umpan. Hasilnya mangsa fitnah menjadi mangsa sumpah seranah dan maruahnya terbarai dikeroyok tanpa sempat membela diri. Jika maruah telah dirobek apakah ada erti lagi dalam hidup ini. Paling seronok apabila gossip melibatkan orang terkenal semuanya menjadi gelap sekelip mata. Tidak kiralah dia seleberiti chanel OASIS atau TVHIJRAH dia tetap manusia biasa dalam kehidupan dunia ini. Mungkin dia ada salah dalam gerak langkah kehidupannya tetapi mencacinya tanpa memberi peluang untuk mangsa fitnah membela diri sebenarnya kita semua sedang menempah tiket masuk neraka. Aku sendiri kadang-kadang tersesat dengan fitnah yang disebar ini. Cuma aku harap hentikan semua ini. Jangan masuk campur dalam hal orang lain, biarkan dia bahagia dan selesaikan masalah dia. Memang kadang-kadang ayat fitnah itu nampak halal seperti "saya serahkan semua pada Allah".."saya reda" dan sebagainya tetapi ia adalah sebagai teknik menagih simpati yang licik. Cuba bayangkan apa hak kita berbicara hal orang lain yang kita belum pasti kesahihannya..Jangan kita terperangkap dengan masalah orang lain yang penting selesaikan dulu masalah kita yang masih belum selesai..

Buat sahabat yang baru bernikah bersabarlah menempuh ujian kali ini..

No comments:

Post a Comment