Pemain piano Turki dituduh hina Islam- Sinar Harian
19 Oktober 2012
Fazil Say ketika mengambil bahagian dalam satu konsert pada 2009. – Foto ihsan The Guardian
Beliau didakwa ekoran mesej di laman mikro Twitter miliknya yang mempersenda Islam sebagai radikal di sebalik kebimbangan mengenai pengaruh agama di negara terbabit, April lalu.
Fazil yang menafikan tuduhan itu baru-baru ini berkata, beliau “kagum” kerana perlu hadir di hadapan hakim.
Mahkamah yang menolak pembebasan Fazil kemudiannya menangguhkan kes tersebut sehingga 18 Februari depan.
Fazil berhadapan hukuman maksimum 18 bulan penjara.
Puluhan penyokong pemain piano itu berkumpul di luar mahkamah dengan sepanduk, satu daripadanya meminta keputusan Parti AK yang berasaskan Islam untuk "meninggalkan artis bersendirian."
Fazil bermain piano untuk Philharmonic New York, Okestra Berlin Symphony dan lain-lain, dan telah berkhidmat sebagai duta kebudayaan untuk Kesatuan eropah (EU).
Menteri Turki yang bertanggungjawab kepada hal ehwal EU, Egemen Bagis mencadangkan kes terhadap Fazil harus ditolak dan mahkamah harus menganggap mesej beliau di laman Twitter adalah “hak beliau untuk merungut”.
Bagaimanapun, beliau mengkritik pemain piano itu yang "menghina nilai dan akidah orang.”
Di Malaysia :
PERKASA: Haram umat Islam undi MCA- Malaysiakini
Kumpulan
pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam
untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya
berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.Setiausaha agungnya
Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk
memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan
itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.
"Soal
Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA
memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).
"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.
Apa tujuan Soi Lek?
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam"."Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS," katanya.
Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan.
Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya."Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain."Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi.
Nota: Mamat Cina patutnya kena dakwa. Kerajaan Malaysia cuba tengok kerajaan Turki tu..

No comments:
Post a Comment