Monday, 8 October 2012

Nilai Sebuah Persahabatan

Kali ini bukanlah aku mahu mengupas pengalaman Majlis Perbandaran Kota Bharu mengamalkan Sistem 5S. Walaupun memang agak membanggakan pencapaian mereka ternyata lebih baik dari jabatan lain yang mempunyai prasarana yang canggih. Malah melihat aircond yang dianggap klasik era 80an masih digunakan oleh MPKB memang membangga. Bayangkan berapa banyak duit kerajaan dapat dijimatkan. Tetapi apa yang aku ingin kisahkan bahawa kesimpulan dari perjalanan musafir itu yang lebih penting ialah bagaimana kerangka teamwork telah dibina secara lansung atau tidak dalam program yang telah disusun. Bukan sahaja hilaian ketawa telah menghiasi sepanjang perjalanan itu tetapi lebih penting ialah bagaimana kekuatan ukhwah yang telah terjalin telah semakin erat dan dipekukuhkan lagi. Mungkin ada yang berpendapat adakalanya gurauan itu agak berlebihan tetapi dalam gurauan yang berlebihan itu ada nasihat yang sangat penting. Misalnya kutukan kerana lewat naik ke bas pasti akan di booooo..tetapi pengajarannya lain kali jangan lewat takut di boooooo nanti.
Sahabat..itulah ungkapan yang sangat lunak bila disebut. Ia mengambarkan keakraban antara kita. Adakalanya kita sering merasa tidak dihargai oleh kawan-kawan tetapi sebenarnya mereka menghargai kita...Mungkin kita mungkin mempunyai ramai kawan tetapi sebenarnya kita hanya mempunyai sedikit sahabat. Sahabat bukan sahaja orang memahami kita tetapi sahabat itu adalah orang yang berkawan dengan kita dalam apa jua keadaan. Apa yang aku perhatikan betapa tali persahabatan itu sebenarnya talian hayat kita. Tanpa sahabat kita tidak akan dapat menilai diri kerana sahabat yang baik akan menegur kealpaan dan kesilapan. Sahabat juga adalah sumber inspirasi untuk kita beridea kerana karenah sahabat akan menjadi pedoman pada kita. Adakalanya kita sering terlupa bahawa sahabatlah itu sebenarnya akan menjadikan kita orang yang baik atau sebaliknya. Orang yang paling mengingati Sahabatnya ialah Rasulullah. Kerana Rasulullah sering bertanya khabar para sahabatnya. Sering pula memberi kelapangan kepada sahabatnya. Sering pula ingat pada kesusahan sahabatnya hingga lupa pada kesusahan Baginda sendiri. Sesiapa yang sayang, perihatin, ambil tahu dan sering membantu sahabatnya sebenarnya mereka sedang mewarisi Sunnah Rasulullah. Apatah lagi jika persahabatan itu dibina dari keikhlasan dan dijelmakan dengan amali yang bersifat tidak disangka-sangka. Walaupun mungkin Bang..Bang..BOOM...
Setiap kali kenangan manis itu menjelma..seringkali juga kesedihan akan menerjah dalam jiwa..Kotak fikiran sering bertanya apakah persahabatan ini akan kekal selamanya atau mungkin ia akan dimamah usia dan akhirnya hilang begitu saja. Terkenang peristiwa di Pantai Cahaya Bulan membuat aku tersenyum bahawa sungguh tidak disangka aku ini insan bertuah kerana telah begitu rasa dihargai pada waktu itu. Air mata kadang-kadang bergenang mengenangkannya kerana apakah aku akan terus bertemu sahabat sejati seperti ini lagi. Ada satu rahsia yang ingin aku katakan..Dalam hidup aku ini yang paling menyedihkan dalam hidupku ialah berdepan dengan perpisahan..Perpisahan yang sakit ialah dengan sahabat kerana pengalaman lama jika terpisah dengan sahabat agak jarang akan berjumpa lagi. Sahabat banyak mengajar aku erti hidup ini. Sahabat telah  banyak memberi aku dorongan untuk berjuang dalam hidup ini. Tanpa sahabat hidup ini kurang warna warninya. Buat sahabat aku lama dan baru terima kasih segalanya. Semoga persahabatan itu bukan hanya hembusan angin lalu yang menyegarkan tetapi ku harap persahabatan ini umpama angin laut Pantai Cahaya Bulan yang sering bertiup menjadi terapi yang memugar.. Inilah antara pengajaran yang sangat bermakna yang aku fikirkan sepanjang perjalanan pulang dari Kelantan..Apakah episod ini akan berulang kembali........
 Bersabarlah dengan Ketewasan itu..kah..kah..kah

 Ini lagi muka-muka tewas..hahahahaha...



No comments:

Post a Comment