Perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan telah memakan masa lebih kurang 9 jam..kalau ketika ke Beijing pun hanya memakan masa 6 jam..bayangkan 9 jam adalah masa yang amat panjang maka tidak hairanlah pinggang yang masih muda ini sengal..mungkin rakan seperjuangan yang lain turun merasakan apa yang aku rasa..rakan sebelah kerusiku pula mabuk hingga terpaksa berbaring dilantai bas beralaskan alas yang dibawanya sendiri. Semangat untuk turun ke kelantan tidak pernah luntur apatah lagi kali ini kedatangan kami umpama pasukan yang dikira bersiap siaga untuk membuat kajian terhadap testemoni 5S yang sedang dipromosi untuk jalan memperbaiki sistem pejabat agar menjadi lebih baik. Pasukan lawatan ini telah disiapkan sejak bulan 6 tahun ini maka akhirnya bulan 10 tahun ini ia berjaya untuk merealisasikan misi.Terima kasih kepada yang telah menguruskannya. Ketika bas yang agak meluncur laju menuju ke destinasinya fikiranku melayang hinggalah aku sedar bahawa aku telah tertidur hinggalah dikejutkan rakan untuk solat subuh ketika itu ku lihat papan tanda jalan bahawa kami telah sampai di kawasan Machang. Tiba-tiba hatiku begitu lapang berada di bumi ini entah kenapa agaknya. Perasaan aku agak terusik bila melihat suasana pagi yang agak tenang di sini.
Kali terakhir aku menjejak kaki di bumi Kelantan hampir enam tahun yang lepas. Sejak itu kerinduan untuk ke sini tidak pernah pudar. Oleh kerana masa dan lokasi yang agak jauh niat itu hanya tersimpan di dalam hati. Ketika belajar di universiti dulu kerana kerajinan bercampur dengan budak-budak Kelantan sering kali sahabat dari negeri lain menyangka saya ini adalah orang Kelantan. Ketika berada di Kota Bharu baru ini pun ada pakcik yang ditemui muka saya adalah muka orang makan budu. Secara ikhlas ingin saya katakan bahawa saya tidak pernah langsung makan benda yang bernama budu itu. Bumi Kelantan ini ialah bumi yang sangat indah bagi saya. Sepanjang perjalanan tiada banyak perubahan yang saya lihat. Namun apa yang saya rasa dalam hati cukup menenangkan. Walaupun ketika minum pagi di Rantau Panjang tehnya agak manis hati ini rasa agak pahit bila teringat isteri dan anak-anak di rumah entah apa agaknya sarapan pagi mereka pagi ini. Pagi itu selera tidak berapa menangkap dan aku hanya makan pada jam 10.30 malam itu pun setelah perut berkeriuk dan herdikanya tidak dapat dibendung lagi.
Perjalanan kali ini agak menerujakan dan sangat memberi makna pada aku. Walaupun agak kecewa kerana jadual untuk bertemu Tok Guru terpaksa dibatal saat akhir kerana kekangan jadual yang sudah lari dari atucara sebenar. Aku amat teruja dengan kata-kata ini "Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung" sepanjang perjalanan ke Kelantan kali ini. Mungkin inilah yang menjadi Kelantan Negeri baik dan barokah hingga aku rasakan terlalu tenang bila berada di sini...............

No comments:
Post a Comment